Sempat juga aku menyiapkan nasi ayam, sambal tempe. Bila aku renung aku sedih, indah berwarna warni dihidangkan utk anak2. Aku harap mereka sempat menjamahnya. Mungkin tidak sesedap mana cuma aku masak penuh kasih syg mengejar masa sebelum anak pulang. Sebelum aku dihalau dr dapur.
Sbnrnya aku ingin makan bersama anak2 tp dia spt biasa senantiasa mencari sebab utk aku dan muhd duduk bersama. Ada sahaja perkara yg disuruh. Aku menahan sabar terus naik n masuk ke bilik. Sedih kesal marah. Bila aku turun semula sudah dikemasnya nasi aku dlm periuk dikeluarkan masuk dlm tupperware plastik. Sambal tempe dicampur dgn ayam dan sambal nasi ayam dicampur dgn kuah kicap. Aku letih geram marah dan betapa hitamnya hati manusia yg pernah ke tanah haram.
Aku nak cari bilik utk disewa ataupun rumah yg mampu aku bayar bulanan. Aku tidak sanggup lagi hidup dlm keadaan tekanan begini. Dengan pendapatan yg masih tidak stabil. Yuran universiti kena jelaskan sebelum tamat pengajian. Ditambah dgn yuran hostel.
Sedangkan dia kerap mengecam dan memaki aku meminta2 duit pelbagai yg senantiasa tidak cukup apabila aku sediakan. Serba serba dia minta. Anehnya itupun sedikit tidak nampka yg aku masih manusia yg ada ihsan dan bertanggungjawab. Insan kononnya sudah bertawaf berkali2 ditanah haram tp penuh benci dan dendam.
Aku baru dpt tahu burger yg aku belikan tempohari rupanya dibuang dan dijadikan makanan burung. Apalagi agaknya yg dpt aku huraikan. Aku yg sbnrnya tidak pernah serik dan selalu simpati.
Cuma langkah aku utk pergi terbatas kerana aku benar2 kesempitan. Pernah jg terfikir utk aku pergi sejauhnya dan biarkan mereka dan aku tidak mahu lagi mempedulikan.
No comments:
Post a Comment