Friday, August 30, 2024

copy ori

Tuesday, August 27, 2024

menunggu pulang

Aku lihat ada kemaskini di status medsos tp sepi melihat ws.

Hari ini alhamdulillah cuaca sgt baik cuma awal pg td sedikit rebas basah jg kasut.

diari diet

Malam td bila melihat wajah abg ali xpdc dlm bersamamu, mmg beri kesan emosi dan ada yg bermain dlm fikiran aku. Nasib kita berbeza kita tidak tahu apa akan kita tempuh dimasa hadapan. Aku terkesan kerana itulah bg aku yg diuji dgn apa yg aku sedang cuba utk menambah baik kesihatan diri. Tentulah dr segi fizikal badan, namun emosi aku sgtlah sbnrnya tidak terurus dan stabil. Aku trauma dgn setiap perkara2 lampau, aku terlalu memikirkan layanan manusia pd aku. Hinggakan aku rasa terlalu terluka dan perkara itu terpendam dan tidak bisa aku luahkan pd sesiapa.

Mungkin itulah takdirnya juga aku duduk sendiri di dlm bilik yg kecil. Setiap pagi keluar seawal pg dgn rutin. Balik pula bila matahari sudahpun tenggelam dan gelap.

Cara pemakanan juga aku ubah, byk hal byk perkara yg aku perlu berhati2 semuanya dikira serba serbi "glycemic index" yg dulu aku tidak tahu pun.

Aku perlukan juga perhatian dr seseorg yg aku harapkan , cuma penat kerana itu tidak berlaku. Sampaikan aku tidak mahu meletak harapan sgt pun. Tidak berbaloi dgn usaha dan limpahan kasih syg yg aku beri. Sakit dan trauma mimpi buruk.

Malam td juga aku mimpikan alitut. Arwah dalam mimpi mengajar aku kira2. Antara rakan2 yg pernah hadir dlm hidup aku. Aku mmg sedih melihat kawan2 yg sudah tiada, dan ujian skrg juga tanda yg aku bukanlah remaja yg sihat belia. Menanti masa utk pergi dr dunia sementara. 

Friday, August 23, 2024

kisah hujan

semalam hujan bermula dari pagi. Aku beli nasi lemak setiawangsa, lauk pilihan kerang dan telur mata. Urusan diklinik td cepat dan mudah, klinik pun buka awal. Doktor masih muda belia. Aku harapkan ada progress dgn diet fdm yg aku amalkan.

Utc pun tidak ramai. Cuma kanter jurugambar tidak begitu mesra. 
"Rambut blkg ikat ye, nampak ekor"
Aku hanya menurut. 

Alangkah kecewanya bila nasi lemak td tersalah lauk. Diberikan udang dan telur mata sedangkan aku 2x menyebut kerang. Manis sambalnya , aku hanya habiskan suku. Telur rebus jg tiada.

Selesai urusan diutc terus bergegas ke klang. 
"Yokohama 158, continential 165, maxxis pun ok 145" ujar pekerja cina dikedai tersebut.
" Sy nak yokohama"

Aku fikir nak lunch di rantau panjang kedai yg ada motor klassik. Aku amik sayur kerabu, terung, ikan kari. Dia pula tomyam, telur masin, sayur labu. 
" Kak belum kira" aku memanggil kakak berbaju merah. 
Aku renung kertas '11 + 4.5'
Murah sgt aku ckp dlm hati.

bhgn seterusnya

Hujan ptg tu sgt lebat, mujurla aku dah siap ambil dwg utk esok. Kasar jg modal. Ruang makan c4 dah berwajah baru dgn vendor yg baru. Kedai jus pakistan dah xde dan tgh renovate.

Ada perkara yg benar2 mengganggu perasaan dalaman aku. Bahasa tubuh kebiasaannya tidak akan menipu. Itu yg aku rasa walaupun kita zahirkan dgn ucapan berkali2 namun kejujuran itu dtg jg drpd reflek dan tindak balas tubuh kita.

Aku terdiam dan termenung sbnrnya. Rasa sgt tidak dihargai dan tertipu. Bukan sekali bahkan lebih. 

Kisah lain

Nurani aku berkata itu scam. Dan aku yg sgt berhati2 ini pun tertipu. 
@bundle_import
Ciri2nya semua ada, no acc yg pelbagai dgn nama yg aneh2. Aku rasa ada kaitan dgn ahlong. Menggunakan gambar drpd acc @lusuh_bundle. Rupanya ada yg dah bg alert. 






Sunday, August 18, 2024

bermusuh dgn anak berseteru dgn adik

Hari ini sepatutnya hari yg baik. Utk aku dan anak2. Malangnya ada juga insiden, perkara biasa yg mberi elemen emosi melampau yg akan merencatkan peristiwa yg baik dan yg dicatat dlm kenangan. 

Aku rasa dia telah dikepung dan dikuasi jiwa luka yg perlu dirawat, bilamana hati itu ada kebencian melampau dan merasakan tanpa dia semuanya tidak akan berlaku dan tidak boleh hidup.

Bilamana jika anak buah sendiri perbelanjaan persekolahannya jd ungkitan yg boleh dihalal haramkan sesuka hati. Bukan haram tetapi kononnya bantuan dulu itu kini ditarik balik dan tidak dihalalkan bahkan perlu dibyr. Bila agenda itu jd pada aku, tentulah aku tidak heran dan ambil berat sgt kerana aku tidak pernah dihormat dan diberikan muka. 

Namun jika itu pd anak2 aku, pd anak buahnya pd adiknya itu sesuatu yg aneh pd manusia biasa. Apatah lg mnausia yg ada pendidikan dan lengkap dgn rukun islam semuanya.

Aku sungguh risau masa depan anak2 aku....

Saturday, August 3, 2024

nikmat sihat

Salam, sy nak maklum kadar bacaan gula dlm darah en. 13.9.
Aku tergamam seolah tidak percaya, mana mungkin setinggi begitu. Aku benar2 menjaga minuman bergula. 
Sy cdgkan en. buat test utk 3 bulan kadar gula. Ada tambahan rm45.
Baik tiada masalah, aku masih tidak percaya. Adakah sbb aku gemar makan mee segera?

Dan pg td, klnik call semula dan maklumkan yg kadar gula aku 11. Dan aku dikategorikan yg ada penyakit kencing manis. Jemari aku pantas menaip2 mencari info.

Aku tiada kata. Sesuatu perlu diusahakan dan yg pasti aku dikelaskan sbg tidak fot utk masuk ke tapak. 😐



Search This Blog