Malam td bila melihat wajah abg ali xpdc dlm bersamamu, mmg beri kesan emosi dan ada yg bermain dlm fikiran aku. Nasib kita berbeza kita tidak tahu apa akan kita tempuh dimasa hadapan. Aku terkesan kerana itulah bg aku yg diuji dgn apa yg aku sedang cuba utk menambah baik kesihatan diri. Tentulah dr segi fizikal badan, namun emosi aku sgtlah sbnrnya tidak terurus dan stabil. Aku trauma dgn setiap perkara2 lampau, aku terlalu memikirkan layanan manusia pd aku. Hinggakan aku rasa terlalu terluka dan perkara itu terpendam dan tidak bisa aku luahkan pd sesiapa.
Mungkin itulah takdirnya juga aku duduk sendiri di dlm bilik yg kecil. Setiap pagi keluar seawal pg dgn rutin. Balik pula bila matahari sudahpun tenggelam dan gelap.
Cara pemakanan juga aku ubah, byk hal byk perkara yg aku perlu berhati2 semuanya dikira serba serbi "glycemic index" yg dulu aku tidak tahu pun.
Aku perlukan juga perhatian dr seseorg yg aku harapkan , cuma penat kerana itu tidak berlaku. Sampaikan aku tidak mahu meletak harapan sgt pun. Tidak berbaloi dgn usaha dan limpahan kasih syg yg aku beri. Sakit dan trauma mimpi buruk.
Malam td juga aku mimpikan alitut. Arwah dalam mimpi mengajar aku kira2. Antara rakan2 yg pernah hadir dlm hidup aku. Aku mmg sedih melihat kawan2 yg sudah tiada, dan ujian skrg juga tanda yg aku bukanlah remaja yg sihat belia. Menanti masa utk pergi dr dunia sementara.
No comments:
Post a Comment