Friday, August 23, 2024

kisah hujan

semalam hujan bermula dari pagi. Aku beli nasi lemak setiawangsa, lauk pilihan kerang dan telur mata. Urusan diklinik td cepat dan mudah, klinik pun buka awal. Doktor masih muda belia. Aku harapkan ada progress dgn diet fdm yg aku amalkan.

Utc pun tidak ramai. Cuma kanter jurugambar tidak begitu mesra. 
"Rambut blkg ikat ye, nampak ekor"
Aku hanya menurut. 

Alangkah kecewanya bila nasi lemak td tersalah lauk. Diberikan udang dan telur mata sedangkan aku 2x menyebut kerang. Manis sambalnya , aku hanya habiskan suku. Telur rebus jg tiada.

Selesai urusan diutc terus bergegas ke klang. 
"Yokohama 158, continential 165, maxxis pun ok 145" ujar pekerja cina dikedai tersebut.
" Sy nak yokohama"

Aku fikir nak lunch di rantau panjang kedai yg ada motor klassik. Aku amik sayur kerabu, terung, ikan kari. Dia pula tomyam, telur masin, sayur labu. 
" Kak belum kira" aku memanggil kakak berbaju merah. 
Aku renung kertas '11 + 4.5'
Murah sgt aku ckp dlm hati.

bhgn seterusnya

Hujan ptg tu sgt lebat, mujurla aku dah siap ambil dwg utk esok. Kasar jg modal. Ruang makan c4 dah berwajah baru dgn vendor yg baru. Kedai jus pakistan dah xde dan tgh renovate.

Ada perkara yg benar2 mengganggu perasaan dalaman aku. Bahasa tubuh kebiasaannya tidak akan menipu. Itu yg aku rasa walaupun kita zahirkan dgn ucapan berkali2 namun kejujuran itu dtg jg drpd reflek dan tindak balas tubuh kita.

Aku terdiam dan termenung sbnrnya. Rasa sgt tidak dihargai dan tertipu. Bukan sekali bahkan lebih. 

Kisah lain

Nurani aku berkata itu scam. Dan aku yg sgt berhati2 ini pun tertipu. 
@bundle_import
Ciri2nya semua ada, no acc yg pelbagai dgn nama yg aneh2. Aku rasa ada kaitan dgn ahlong. Menggunakan gambar drpd acc @lusuh_bundle. Rupanya ada yg dah bg alert. 






No comments:

Search This Blog