Thursday, December 28, 2023

terapi dan menulis

Aku mula menulis secara konsisten ketika aku f1, aku tulis kisah2 semasa aku sekolah rendah tp sayangnya buku tersebut hilang. Asasnya aku ada diari yg menulis kehidupan harian aku diasrama. Diari2 tersebut aku simpan didalam almari di rumah. Namun kesan banjir besar merosakkan semua penulisan dan diari aku. Mmg kesal juga sbb tidak dpt diselamatkan, namun bila aku muhasabah ada perkara yg allah nak kita lupakan dan move on. Aku mmg sukar utk lupakan sesuatu perkara terutama yg pahit dan kesan yg beri aku emosi dan berdarah hidung.

Seperkara juga apabila emosi aku tidak stabil aku akan menulis dan menulis. Seolah bgkan terapi. Terapi utk aku memujuk diri dan melupakan perkara2 yg menyakitkan.

Sampai sekarang aku tiada jawapan pd byk persoalan. Kenapalah aku sering dikecewakan dgn perkara yg hampir sama. Aku renung2 dan mmg pemikiran melampau itu merosakkan emosi aku. 

Sakit itu terbawa2 sehingga aku susah utk terima kenyataan dan mempercyai lagi org yg pernah sakiti. 

Dah hujung 2023, aku masih melalui masalah dan kehidupan yg sama. Entah bila nak berubah agaknya itulah yg allah dah susunkan.

Saturday, December 23, 2023

kehilangan dan tersungkur

Pagi sebaiknya kita akan keluar mencari rezeki. Aku sedikit dan bukanlah sedikit tetapi banyak hal yg melemahkan kaki utk melangkah bangun dan keluar. Semangat utk berusaha semangat utk teruskan mencapai impian itu lemah dan pudar. Aku kehilangan fokus dan minat. Aku sering bermimpi buruk dan kenangan lampau. 

Utk bersaing aku fikir sudah tiada lagi. Aku hanya inginkan sebuah rumh kecil utk aku berteduh. Mungkin perlu jg aku kurangkan semua simpanan barang2 peribadi. Cukuplah utk pakai seharian, bukan lg menambah koleksi.

Hubungan toxic , persaingan sgt tidak harmoni. Sbbnya segalanya berlandaskan kebendaan. Lelaki dibebankan dan disalah ertikan dgn nafkah. Nafkah yg bg tafsiran aku ialah yg adil pd tempat dan waktu dan sesuai. Bukanlah menyediakan yg melampaui kemampuan dan menjadikan miskin.

Diusia begini..

Wednesday, December 20, 2023

Sunday, December 10, 2023

kita kesian

Aku belikan roti telur kegemaran dan teh ais, ihsan dan simpati juga aku belikan 2 keping roti kosong. 

Pagi ni aku bangun lihat atas meja langsung tidak terusik. 

Aku lepaskan aku lepaskan aku menahan. 

Saturday, December 9, 2023

berlawan bersahabat

Pagi ni muhd seperti biasa ada futsal cuma hari ini ada perlawanan persahabtan. Mulanya mmg aku ingin bermotosikal namun akhirnya kami menaiki grab. Aku masih menunggu sparepart kaliper kit utk servis semula brek kereta. Sebelum ni aku hanya topup semula tp disebbkan angin dah masuk dlm sistem jadi brek kereta dah x mkn. Aku xmau mengambil risiko. Semalam aku dah call hafiz minta dia belikan. 

Aku sbnrnya kecewa jg dgn progress yg ditunjukkan oleh muhd. Dia tidak bersunggguh utk perbaiki mutu dan cara bermain. Aku hanya duduk sahaja dicafe sbb aku jd marah tgk cara muhd bermain. 
Bagaimana ingin jd pemain yg bagus jika kita tidak berlatih dan bermain dgn kerap. 

masa yg kita tingglkan

Kita ada kenangan yg manis dan sebaliknya. Masa dan usia akan perlahan2 memadan perincian kenangan yg ada. Aku cuba tulis utk kekal simpan sbg rujukan. 

Tahun 1995, aku mula bekerja kilang benson, seawal pg naik bas. Aku duduk dikg ketika itu, jd nenek akan mengejutkan aku dan bersiap menunggu bas dan masa ni sepupu aku kenit yg akan tolong menghantar aku. Aku, halim, mahyudin bekerja ditempat yang sama. 

Ketika result spm diumumkn, kami rakan2 kampung sudah mempunyai rancangan utk berkonvoi ke kuala lumpur. Ketika ini rakan kampung ku mmg janggal dan masih belum biasa dgn selok belok jalan dikuala lumpur. Zaman ini jika kita sampai ke kuala lumpur ada satu perasaan yg hebat terutamanya apabila bermotosikal. 

Kami bergerak awal pagi, namun ditgh perjalanan motor ss arwah kamil ada sedikit masalah. Matlamat kami sebenarnya selepas ambil result ingin ke studio jamming di ampang park. 

Puas sungguh bila sampai ke asrama dan sekolah. Kami bergambar dan jamming sepuasnya. 
"Drum duble paddle!!" Teruja betul sorib pertama kali bermain drum yg penuh. Studia kami sewa tu juga tempat berlatih xpdc dan rusty blade. Ketika mula sampai ada sorg brothers tgh praktis ketuk drum atas kerusi bar bulat. 

Aku selalu berpesan pd anak2, jangan siakan zaman remaja. Carilah kawan dan kenangan sebanyak yg mungkin. Kerana itulah momen2 yg kita akan semat dan jd pengisian dlm hidup dan pastinya peluang itu tidak akan dpt kita lalui semula. 

Saturday, December 2, 2023

bila kita teringat

Bila kita semakin berusia ingatan kita juga beransur lupa dan lupa. Kita hanya akan teringat apabila ada perkara yg ada pernah masuk dlm memori kita yg terpadam itu.

Masa itu, aku darjah 6. Sudah pun masuk hujung tahun namun aku masih bersekolah seperti biasa. Masa ni dah masuk musim hujan, dan ditakdirkan jg sekolah banjir kilat dan ada kawasan yg ditelenggami air. Aku sudah terlupa bgmna abah tiba muncul disekolah ataupun sbnrnya abah menghantar aku ke sekolah. Dan diluar kebiasaan pula abah menghantar sampai ke kelas. Kelas aku ditingkat 2 blok baru hujung sekali. Jadi abah bertemu dgn salah seorg cikgu yg mengajar aku, ustaz anwar dan anak dia juga sekelas dgn aku. Rupanya ustaz anwar rakan abah masa di kampung dulu dan mereka berborak banjar secara fitrahnya. Namun itulah tahun akhir aku bertemu dgn ustaz anwar dan anaknya(lupa nama), aku doakan ustaz anwar diberikan kesihatan yg baik. 

Search This Blog