Thursday, December 28, 2023

terapi dan menulis

Aku mula menulis secara konsisten ketika aku f1, aku tulis kisah2 semasa aku sekolah rendah tp sayangnya buku tersebut hilang. Asasnya aku ada diari yg menulis kehidupan harian aku diasrama. Diari2 tersebut aku simpan didalam almari di rumah. Namun kesan banjir besar merosakkan semua penulisan dan diari aku. Mmg kesal juga sbb tidak dpt diselamatkan, namun bila aku muhasabah ada perkara yg allah nak kita lupakan dan move on. Aku mmg sukar utk lupakan sesuatu perkara terutama yg pahit dan kesan yg beri aku emosi dan berdarah hidung.

Seperkara juga apabila emosi aku tidak stabil aku akan menulis dan menulis. Seolah bgkan terapi. Terapi utk aku memujuk diri dan melupakan perkara2 yg menyakitkan.

Sampai sekarang aku tiada jawapan pd byk persoalan. Kenapalah aku sering dikecewakan dgn perkara yg hampir sama. Aku renung2 dan mmg pemikiran melampau itu merosakkan emosi aku. 

Sakit itu terbawa2 sehingga aku susah utk terima kenyataan dan mempercyai lagi org yg pernah sakiti. 

Dah hujung 2023, aku masih melalui masalah dan kehidupan yg sama. Entah bila nak berubah agaknya itulah yg allah dah susunkan.

No comments:

Search This Blog