Tahun 1995, aku mula bekerja kilang benson, seawal pg naik bas. Aku duduk dikg ketika itu, jd nenek akan mengejutkan aku dan bersiap menunggu bas dan masa ni sepupu aku kenit yg akan tolong menghantar aku. Aku, halim, mahyudin bekerja ditempat yang sama.
Ketika result spm diumumkn, kami rakan2 kampung sudah mempunyai rancangan utk berkonvoi ke kuala lumpur. Ketika ini rakan kampung ku mmg janggal dan masih belum biasa dgn selok belok jalan dikuala lumpur. Zaman ini jika kita sampai ke kuala lumpur ada satu perasaan yg hebat terutamanya apabila bermotosikal.
Kami bergerak awal pagi, namun ditgh perjalanan motor ss arwah kamil ada sedikit masalah. Matlamat kami sebenarnya selepas ambil result ingin ke studio jamming di ampang park.
Puas sungguh bila sampai ke asrama dan sekolah. Kami bergambar dan jamming sepuasnya.
"Drum duble paddle!!" Teruja betul sorib pertama kali bermain drum yg penuh. Studia kami sewa tu juga tempat berlatih xpdc dan rusty blade. Ketika mula sampai ada sorg brothers tgh praktis ketuk drum atas kerusi bar bulat.
Aku selalu berpesan pd anak2, jangan siakan zaman remaja. Carilah kawan dan kenangan sebanyak yg mungkin. Kerana itulah momen2 yg kita akan semat dan jd pengisian dlm hidup dan pastinya peluang itu tidak akan dpt kita lalui semula.
No comments:
Post a Comment