Saturday, December 31, 2022

masuk

Mereka datang masuk sesuka hati
Mereka tidak tahu kah utk bertanyakan

harapan ku yg Hil@ng

Aku renung sekeliling. Duduk sendiri di atas katil masih termenung. Kaku berdiam jauh kebelakang sebentar dan kemudian kehadapan untuk apa yg seterusnya. 
"Kita buat agreement jika lewat bayar"
Aku hanya angguk tanpa mengerti sepenuhnya sekadar melepaskan sebuah drama drpd terus bertubi2 menyoal siasat.

Dah nak habis 2022 , sekejap sahaja utk meninggalkan. Tetapi masih ada urusan tidak selesai dan sudahnya. 

Luka aku masih belum sembuh dikaki. Begitu juga luka2 didalam organ ini juga masih belum sembuh penuh calar dgn pelbagai parut manusia. 
Selamat tinggal 2022. Harapan ku yg telah hilang dibawa pergi olehnya. 

Tuesday, December 20, 2022

ingat hari ini

Jdkan sbgmana penanda aras kita dan manusia siapa yg kita percaya dan boleh harapkan. 
Move on for better tomorrow leave all the darkness n unhapiness. 

Sunday, December 18, 2022

hujan

Lebat berangin dan kuat bunyi air yg gugur atas bumbung diselangi juga dgn guruh. Hujan disini bukanlah sesuatu yg dialukan sgt kerana peristiwa banjir besar terdahulu. Ada trauma yg menyelebungi.

"Im not ur sugar mommy!"
Kalau itu kata2 seorg perempuan yg kau terima akadnya. Aku terus memejamkan mata cuba hanyut semula dlm hujan melupakan dunia android yg menyakiti.

sambal lala

Nikmatnya hilang segala kekusutan apaba melihat wajah mak abah. Mak masak nasi lemak sambal lala, mmg kegemaran aku. Mak kata kmiza jual kerepek ubi. Mak semalam pulang ke kampung, katanya lama dah x balik. Rupanya byk pokok ubi yg terkesan sbb banjir, drpd rosak lebih baik digoreng jd kerepek. Memang sedap rasa kerepek ubi yg baru digoreng. Masinnya juga mmg ikut tekak aku, org meniaga ni biasanya garam terlebih jd masin makanan tu.

dunia android

Perkara terbaik utk meluahkan emosi yg marah sedih kecewa ialah aku menulis. Aku rasa perlu bercakap dgn diri sndiri. Utk terapi supaya aku tidak menanggung beban kemarahan kesedihan dan kekecewaan. 

Kadangkala letih dgn kehidupan terutama sikap manusia. Aku fikir sudah sehabis baik utk memelihara sesuatu perkara dan emosi. Aku jg tidak mahu tergolong dlm manusia yg menyusahkan org lain. Aku juga ada batas dan sabar itu juga ada sampai maksima yg perlu kita yakini. 

Mengorbankn masa utk org lain benar2 ibarat lilin yg membakar. Bakar itu diselubungi dgn jiwa kita yg turut dibakar. Kesakitan yg dtg itu didalam yg manakan org lain bisa melihat dan menafsirnya. Dan yg pasti aku rasa makin dibakar dgn usaha yg kita yakini cukup utk org yg kita korbankan hakikatnya sebaliknya semakin byk kita korban semakin marak api itu.

Teknoloji itu juga jahat dan menyusahkan hidup kita. lebih aman ditahun 80-90an kita tidak bergantung dgn telefon ditangan. Harini kita bawa kemana2 sehingga kita risau apabila tertinggal n tanpanya. 

Aku ingin melupakan seketika dunia, kisah pahit dr org2 yg aku korbankan. Selamat tinggal dunia android.

Friday, December 16, 2022

tudung saji

Petang td balik dr mpkj mmg rasa lapar sangat, mujur dpt jg submit pelan walaupun td hampir kena sidai sbb system bayaran tu down. Selesai seperkara dan isnin kena dtg semula utk byr wang cagaran.

Apa yg belegar didlm kpl aku nak masak nasi grg kampung, ada ayam, ikan bilis dan udang daj sayur kangkung. Alhamdulillah keyang masak sndiri lebih puas dan ada lg separuh utk aku mkn mlm nanti. 

Rumah ini seolah aku mcm menumpang serba serbi brg aku beli kalau x hilang kena buang atau misteri entah kemana. Hati mmg sakit tp aku bersabar memujuk. 

Sebgmana yg aku duga bila pulang dr balakong nasi grg aku terdedah, tudung saji elok dia simpan kat bilik blkg. Mak aku nak solat pun xde bilik betul2 mcm menumpang. 

Brp lama aku nak bertahan? Mmg x lama aku fikir. Sbbnya aku sentiasa positif dgn hidup aku menyelasaikan semua masalah kerja dan tidak mahu mencari punca utk bergaduh dgn org lain. Tetapi ada manusia sebaliknya. 

Aku masuk terus ke bilik mndiamkan diri dan mengunci pintu mengasingkan diri dr dunia luar buat sementara. 

Wednesday, December 14, 2022

atas lantai dan dlm plastik sampah

Ib cr pasal dgn a, just share sbb hati a tgh sakit
1) ada baju dlm mesin dia basuh a angkat bilas keringkan dan sidai dgn hanger siap berkipas, balasannya a td basuh tuala lupa nak angkat jemur dia angkat dan campak atas lantai luar
2) a td masak maggi dlm mangkuk sbb mkn sikit2 letak bwh tudung sji, dia campak mangkuk sekali dlm plastik sampah
3) a td kuar belikan roti ingat nak kirim kat muhd, beli roti pelbagai perisa coklat, dll tu, tp sbb marah dan sgt sakit hati, a letak jer dlm bilik as
4) dan a g singgah diy sbb nak ganti mntol car porch, dah beli pun tp a tawar hati nak pasangkan biarlah bergelp
5) a rasa saka jin boleh diubati tp kalau manusia mcm yg suka cari pasal dan sengaja buatkan kita rsa nak berlawan itulah ibu as yg a x rasa ada ubatnya
6) tanpa segan dia dgn xde bersalah malu suruh a temankan N eaok sbb nak bw atok, siap sakitkan ht kata asyik2 pd, tp a xde rasa apapun sbbbnya eloklah pd n nono yg bawa, lgpun a esok ada meeting mmg x boleh tolong, nak minta tolong org tp xde adab 
7)sorryla as a sakit ht sgt kena luahkan utk a rasa lega dan aisyah nanti bila katakan a xde lg a x kesal yg a pernah ceritakan dan luahkan. Wallahualam

Tuesday, December 6, 2022

duka sbg perunding

Kita ada sebuah impian dan bayangan bila ditawarkan dgn sesuatu kerja. Tentulah upah yg mencukupi utk mengubah nasib dan juga ada impian yg kita bygkan.

Sbnrnya mereka hanya menawarkan rutin sbg anjing yg mengejar kita dan kita dipaksa berlari utk menyelamatkan situasi. Jika kita berdiam mungkin kita akan dicederakan.

Hairan jg dgn mereka yg serba serbi ada dan ada juga hobi pilihan utk dilayankan.

Penat kena kejar dan digigit. 

Sunday, December 4, 2022

harta utk dijual

Abg halim kata dia nak tengok drawing architect jd kami perlu tangguhkan dulu pembentangan ke episod seterusnya. Dr bgtau abg halim ni ada adik namanya ustaz ya duduk dipendang. Dr jamal kata beliau belajar ilmu agama dan mengaji disana. 
"Gi ko kena tahu salah satu perkara yg membatalkan syahadah, jd ko kena mengaji utk dptkan ilmu tu".
" Cuba cari buku hai anak karangan imam ghazali."

http://www.notafikir.com/?p=868


Saturday, December 3, 2022

sayur kangkung

Entah kenapa terasa lapar tidak puas makan diluar , baru shj aku bungkuskan burger utk anak2. Spt biasa ayam special dan daging special, telur benjo stail. Aku x suka burger yg dibungkus telur.

Aku tanyakan aisy apa makanan yg ada dirumah, katanya adalah sayur kangkung dan sambal udang. Okla begitu x perlu aku susah nak singgah utk membeli nasi dan lauk.

" Brp byk u makan?"
" Kenapa?, Udang seekor dan sayur kangkung sesudu."
Aku membalas dengan menahan sedikit emosi. Terkejut tiba2 dia menerjah pintu.
"Beli lauk x bertanya" tambahnya lagi.
Teringat aku kerapkali sayuran yg aku belikan akhirnya terbuang layu dan rosak didlm peti ais. 

Sunday, November 20, 2022

letih

Seperti rutin harian, aku akan memastikan pintu pagar , grill dan pintu berkunci sebelum tidur. Begitu juga dgn sampah perlu dikemaskan dan dibawa keluar. 

Aku perasan ada plastik sampah terletak ditepi pintu. Aku kutip dan aku cdg utk letak di tempat sampaj diluar. Dlm gumpalan sampah tertonjol penyangkut baju berwarna putih. Langsung menyirap naik darah. Dahla baju aku tolong sidai dan sangkutkan dgn cantik dan kemas diluar. Tau2 dia buang penyangkut baju. Betul2 buat aku marah, sentap dan hilang kerajinan utk membuat rutin yg aku ceritakan awal td.

Mmh aku yg x serik2. 

tergantung dan masa depan

ketika ini masih menunggu siapakah bakal pm. Nurul izzah, kj, mazlee antara yg kecundang apabila rakyat memilih walaupun mereka calon yg popular. 

Sunday, October 23, 2022

berkunci setiap kali aku keluar

Menahan kesabaran kerana tekanan dan sikap org lain yg sengaja mencari masalah adalah sesuatu yg sgt susah. Darah itu bgkan mndidih tp kita selimutkan dengan ais yg lelama mencair. Sikap kebudakan dan sebenarnya itulah warisan yg dikekalkan drpd remaja dan kanak2.
Aku rasa hidup aku bagaikan drama swasta petang yg diolah dan berhadapan dgn manusia yg ego dan sgt mementingkan diri. Dan tiada langsung perasaan hormat, aku sbg suami ini tiada ruang dan peluang utk membuat dan berkongsi perkara dan idea. Apa yg aku beli jika tidak diminati akan hilang entah kemana. Apa yg aku masak juga manakan langsung utk dirasa apatah lagi bersyukur dgn kurniaan rezeki. 
Sekarang kenapa aku faham rumahtangga yg bermasalah yg dilaporkan diakhbar itu pelbagai kisah lucu seram dan luar jangkaan. Sbb itulah puncanya kita selimutkan api itu dgn ais yg pasti akan mencair. 
Aku simpati pd diri dan anak2. Aku juga tidak tahu berapa lama aku berlu bertajan dan bersabar. Lelaki itu ujiannya sabar tetapi wanita itu sebaliknya mereka akan mengusir kamu apabila mereka katakan tidak. 
Aku benci dengan perasaan dan kehidupan yg aku lalui sekarang. Ujian terberat tentulah kasih syg anak2. 
Kasihan itu melebihi kasih syg yg tawar kerana sikap dan ego. Kemaafan mungkin ada tetapi utk meneruskan sebuah kasih syg aku tiada apa perasaan utk diluahkan. Kosong dan kasihan. Wallahualam

bila bagus kita akan rekemen

Dalam aku menghadapi tekanan demi tekanan projek tg pauh kerana claim yg tidak seberapa, aku juga hampir terlupa roadtax motor hampir tamat tempoh. Awal bulan aku dah pun minta SY bg quotation. Aku ingatkan 27hb rupanya 24hb. Minggu ni cuti peristiwa deepavali. Tanpa berlengah aku pun transferkan jumlah yg perlu  utk urusan roadtax insurans.

Tghari tadi aku tgk dipeti surat ada bungkusan hijau ctlink. Alhamdulillah mmg pantas dan terbaik khidmat selia SY resources. 

Monday, October 10, 2022

menunggu

Tular parlimen telah dibubarkan, hari ini cuti sempena ganti hari maulidr rasul semalam. 3hari cuti aku hanya berdiam dirumah. Hari pertama selera makan pun aku tidak tahu apa yg benar2 dpt membuka selera. Bahan utk masak ada kbykannya cuma aku tiada semangat untuk memasak. 

Hari ini aku keluar ke giant, bila dikaunter q panjang. Aku rasa seolah menyesal pula keluar diwaktu tghari, aku agak tentu tidak ramai. Mujurlah ada kaunter tambahan yg dibuka dan dgn pantas aku kehadapan.

Fikiranku tidak fokus, sbnrnya aku pun tidak tahu apa yg mbuka selera aku utk makan. Pg td aku masak sardin campur telur pecah. Aku makan dgn roti dan nasi.

Sesekali aku vid call anak2, rupanya ada dinilai. Sekurangnya aku rasa sempatla nak keluar bersama mrk ptg nanti.

aku karikan ayam ala mamak, xperlu santan. Tiba2 berselera aku makan. Aku simpankan sikit utk anak2 jika mrk pulang lapar ataupun sekurangnya utk mrk rasa. 

Lewat maghrib mereka masih belum pulang, aku rasa mcm2 difikiran. Aku kemaskan lauk kari dan bungkus dlm plastik. 

Aku terus menunggu tp dgn rajuk marah kesal.

Friday, October 7, 2022

baju sejuk


duduk

Aku duduk di hadapan rumah, merenung setiap inchi. Aku tahu satu hari pasti tiba dimana apa yg ada didepan mata akan berubah menjadi hak orang lain. Aku melangkah masuk dengan perasaan kosong.

Aku ingat ketika mula mencari rumah utk dibeli. Kami akan meronda ke kawasan yg ada pembangunan baru. Ketika sampai disini dulu, kawasan hadapan rumah ku merupakan kebun getah. Setiap pg sebelum subuh ada apek tua yg akan bermotosikal naik ke atas bukit. Abg azam jiran yg duduk diunit tepi sekali ketika itu mengusahakan taman mininya. Elok disusun kerusi batu di alur takungan air semulajadi. Mmg tenang apabila mendengar deruan air, jam delapan malam embun akan mula kelihatan menandakan kawasan atas bukit ini mmg damai sejuk utk didiami.

Namun begitu ketika awal siap, masih belum ramai yg masuk utk mendiami, aku jg sbnrnya apabila malam ada perasaan risau dan berhati2 dgn kes pecah rumah. Jiran sebelah ku prnah dimasuki dan diikat, aku juga mengalaminya namun ketika itu aku tiada dirumah. 
Apa yg ada skrg semuanya sudah berubah, tiada lg kebun getah yg menjadi pembangunan perumahan, kasihan pd abg azam kebun dan taman mininya menjadi mangsa pembangunan bersebelahan yg kini dipagar.

Itulah manusia yg akan senantiasa mewujudkan sempadan apabila mereka menandakan sesuatu itu milik mereka. 
Kehilangan akan memberikan laluan pada sebuah perjalanan kisah yg baru, akan mewujudkan perasaan dan suasana yg baru. 

Aku sygkan kedua anak2 aku. Semoga mereka berjaya menjadi manusia yg tidak sombong dan senantiasa menjaga adab dan akhlak walaupun ketika marah. Aku sbg bapa mereka mengharapkan agar mereka tidak melupakan aku. 
#selamattinggaldunia

Thursday, October 6, 2022

gunting yg hilang

I never respect u.
When u married a doctor, ur salary never more than me.
selamat tinggal dunia. 
I left pmu group. 

Sunday, October 2, 2022

september berakhir

Semakin terasa badan ini bukan lagi sekuat yang dahulu mampu bertahan mata sehingga pagi menyiapkan tugasan. Sehinggakan berakhirnya september tanpa nukilan dan coretan.

Akhirnya dpt juga aku jejakkan kaki semula di depan uitm arau. Walaupun sekadar diluar tp cukuplah utk memberikan sedikit rasa kembali ke memori lalu yg pernah aku bermukim disini.

Saturday, August 20, 2022

gerhana cinta luka

Kadangkala kita terlalu menjaga adab utk org lain sedangkan kita terima sebaliknya. 
#jirantaman #kisahklassikutkmasadepan

Friday, August 19, 2022

mencuri dlm diam

Niatnya mungkin baik utk berikan pd org yg memerlukan tp bukanlah barang itu milik hak org lain. Mmg aku x halalkan.

Bukan sekali malah berkali2. 

Wednesday, August 17, 2022

melawat kebun di kg



3 tahun menunggu semula utk berbuah.

Friday, August 5, 2022

Sunday, July 31, 2022

harga makanan hari inj

Aku terkejut bila mendengar harga utk nasi campur rm17, semuanya jd mahal hari ini. 

Saturday, July 30, 2022

kajang sijangkang

Pagi ini (jumaat 22july) ada meeting dgn infraprima di klang, aku ajak fakri sama sbb ada perkara berkaitan m&e juga perlu dibincangkan bersama. Cuaca baik , aku lihat maps ikut laluan highway cyber ke telok panglima. Laju sederhana sahaja, aku ada lebih kurang 1jam utk sampai ke destinasi.  Sampai shj di tol telok panglima motor aku mati secara tiba2. Aku start berkali2 namun gagal. Tidak lama ada india bertanyakan aku "minyak habis ke?", Aku balas geleng kpl bgtau motor breakdown. 5minit kemudian muncul lelaki dgn y15. "Bang sy tolak sampai depan, ada bengkel depan ni"
Rasa bersyukur sgt ,tidak dpt aku balàs budi baiknya. Alhamdulillah sampai dibengkel namun bengkel baru nak buka, kelihatan seorg lelaki bertubuh besar sedang mengemas2 mengeluarkan motorsikal. Ada sebiji rxz hitam energy induction yg menarik perhatian.
Selesai servis motorsikal aku bergegas ke infraprima. Banyak jasa motor ni, dialah yg byk bawa aku mengembara dan cari rezeki. Mmg lewat sampai, fakri pun dah balik sbb aku lmbt. Byk hal yg kami bincangkan utk tg pauh. Aku rasa dah x larat nak melaluinya. Cukuplah ini yg pertama dan terakhir. 

Aku mmg rancang nak singgah rumah mak skjp, cuma aku nak beli sesuatu sebelum singgah. Sampai rantau panjang aku melihat gerai2 tepi jalan, mencari idea. Akhirnya aku beli buah longan dan dragon fruit. Lama aku x balik klang, hari raya haji tempohari pun aku x balik  sbb xde kereta. Rupanya keluarga diklang pun demam, ada hikmah juga. Aku juga x terkecuali turut kena demam batuk selesema. Happy new born baby amira.

Saturday, July 16, 2022

penat dan lelah putus asa

Aku rasa terlalu penat dan putus asa, satu persatu aku dihujani dengan masalah berkait dgn tg pauh. Aku benar2 putus harapan dan serik.

Monday, May 30, 2022

menuju utara tanahair

"minta duit belanja muhd"
Tgh aku bersiap awal pg tu dia masuk ke bilik. Aku mmg tiada duit didlm wallet, ada cuma rm5. Jika aku berikan rm5 tentu bertmbh marah.
"Semalam dah bg muhd rm50. Cuba tanya dia."
"Nak kemana?"
"Kedah, ada meeting"
" Ramai je yg mati dlm perjalanan"
Aku berkerut dan menahan sabar. Pg2 dah dijamu dgn makian. 

Search This Blog