Monday, May 30, 2022

menuju utara tanahair

"minta duit belanja muhd"
Tgh aku bersiap awal pg tu dia masuk ke bilik. Aku mmg tiada duit didlm wallet, ada cuma rm5. Jika aku berikan rm5 tentu bertmbh marah.
"Semalam dah bg muhd rm50. Cuba tanya dia."
"Nak kemana?"
"Kedah, ada meeting"
" Ramai je yg mati dlm perjalanan"
Aku berkerut dan menahan sabar. Pg2 dah dijamu dgn makian. 

Friday, May 27, 2022

tido

Aku hanya tidur bbrp jam, bila terjaga semula sbb ada yg tidak berpuasht hp aku berbunyi alarm.
"Boleh x tukar alam alarm jam 630"
"Annoying"
Aku diam dan tidak berikan reaksi. 
Ada banyak hal yg menggangu fikiran. Aku rasa sedih juga, kadangkala aku ragu dgn diri. 
Walaupun aku siapkan juga lukisan deraf lukisan utk maybank hap seng tp aku x dpt nak siapkan bq. Kepala aku terlalu kusut. Dengan perkara2 yg susah aku ingin lupakan. Pedih dan kecewa ditambah dgn alunan lagu2 sedih yg aku mainkan menerjah masuk ke telinga. 
Aku macam tersenyum seolah aku mampu dan tabah. Hakikaktnya tidak sama sekali. Apabila kita dikaburi dalam byk perkara yg kadangkala aku nak biarlah airmata darah itu dikeluarkan agar dpt betul2 menyesal.
Luka itu dalam.

Sunday, May 22, 2022

bila menteri kata mencukupi

Hari ini aku bangun dan bersiap awal, sbnrnya tiada apa perancangan khusus. Nak ride rasa x larat dgn cuaca yg panas dan hujan yg tiba2 diwaktu petang. Aku lap habuk2 motor yg dah mulai sebati dgn warna body. Putih cat sudah menjadi kelabu asap. Aku ambik kesempatan memasang semula visor motor.
"Biarlah ada seri sikit", bisik aku pd diri sndiri. 
Aku pun hidupkan motor dan terus meredah dgn hala tuju yg masih kabur. Aku susuri jalan kg sg kantan, mmg gerai yg biasa menjual ayam hari ini tutup dan sepi. Jam masih awal mustahil sudah kehabisan. Dalam merancang itu aku meneruskan perjalanan dgn mata memandang kiri kanan masih belum membuat keputusan dimana utk bersarapan pagi. Sesekali elok juga tempat yg bukan kebiasaan. Aku terlintas utk ke sebuah kedai yg sebelum ini aku perasan baru beroperasi semula berdekatan dgn tapak kubur. 
"Ah, rapat pagar dan berkunci." Rupanya tutup. 

"Xpelah beli karipaplah dipasar" jarak ke pasar pun tidak sampai 1km jd aku pun fikir dah alang2 elok teruskan kesana mana tahu ada ayam yg boleh aku beli.

Laju aku melangkah dan terus menuju ke gerai karipap. Aku ambil karipap keledek 10biji(rm5) dan karipap sosej 4biji(rm6). Kemudian aku masuk ke dalam mencari gerai ayam. Gerai kebiasaan aku lihat sudah pun tiada ayam,hanya kelihatan bungkusan2 plastik ayam siap utk pelanggan lain. Aku masuk kedlm dan kebhgn kiri , kelihatan ada ramai yg memenuhi ruang.
"Ayam masih ada" penjual tersebut menenangkan keadaan. 
Aku pun dgn pantas memilih 2 ekor ayam sederhana besar. 
"Rm40.50"
"Potong kecik dan buat 2 bungkusan"
"Nanti ckp dgn tukang potong"
"Baik", aku membalas. 
Alhamdulillah ada rezeki aku utk stok ayam minggu hadapan.

Aku terus keluar dan berfikir utk singgah sarapan dikedai tepi sungai td. 

Thursday, May 19, 2022

jersey hijau

Puas jg aku mencari di bilik, dibawah. Seingat aku kali akhir aku nmpk bergantung diblkg pintu bawah. Reaksi muhd mulai berubah dan aku nampak kekecewaan yg amat sangat diwajahnya.
"Esok ada training futsal" begitu semangat dia nak menggayakan jersey keeper hijau tersebut.
Hati dan firasat aku mengesyaki tidak lain tentulah angkara dia. Pernah jersey kesayangan aku, chelsea hitam habis digunting2nya. Sakit hati bukan kepalang. 
Air fryer tidak sampai sehari aku beli, keesokkannya entah hilang lesap, bila aku tanya dia kata ada di kliniknya. Aku sikit pun tidak percaya. 
Begitu juga makanan suka sangat berikan pd org lain, sedangkan aku sendiri baru makan sedikit. Aku diam bukan aku merelakan tp mmg aku tidak ikhlaskan dan halalkan. 



Tuesday, May 17, 2022

kencur mnjadi hancur

Kisahnya aku singgah ke giant terlihat ikan pari. Langsung teringatkan pari bakar dan kuah kencur jawa. Aku ambil 2 potong sederhana saiznya. Aku singgah ke kedai aceh dgn harapan adalah menjual kencur, 
"Ni apa ye?"
"Kencur" pekedai tu menjawab persoalan aku. Dengan sukacitanya aku terus mengambil beberapa biji kencur, daun halia dan santan. 
Rm4.20 dan aku berikan rm10 dan 20sen.

Aku harap sempat memasak sebelum dia balik. Aku serabut melihat dia. Sampai rumah rupanya aisya belum balik lg dr sekolah.
"Ingatkan aisyah, dia x balik2 lg"; mak meluahkan rasa risaunya. 
Aku cuba menghbungi namun tidak berjawab. Aku terus menghantar ws ringkas. Aku yakin aisyah lmbt sbb ada kokurikulum sbb td dlm perjalanan pulang aku nmpk masih ada pelajar di sekolah saas.

Aku terus memotong bawang merah , bwg putih, kencur dan cili. Sedang aku menumis dgr pagar luar dibuka. 
Aku cuba menyiapkan secepat yg mungkin dgn harapan sempat utk aku masak. 
"Berambus aku nak masak"
Naik juga darah aku yg kebetulan sedang memegang pisau. 
"Masaklah dapur sebelah"
Dapur ada 2 dan sebenarnya tiada pun masalah cuma dia ni sakit jiwa gila meroyan mencari sebab dan pasal untuk menyakiti hati. 
Aku hentak pisau tu atas para dapur mmg berdentum juga bunyi, dia pantas membalas dengan menghempas kuali sekuatnya atas dapur. 
Aku malas nak melayan dan cuba bersabar, aku tutup api dan kemas kan bhn2 tadi. Aku terus naik ke atas bilik dan berbaring menahan marah sambil kpl otak aku ligat berfikir.
"Sampai bila?"
"Jujur aku tiada lagi kasih syg yg perlu aku berikan"
Aku juga serik. Hati aku terus berfikir dan byk soalan yg aku sendiri tiada jawapan.

Aku turun semula bila aku rasa emosi aku stabil dan tenang. Alangkah hancur, marah, kecewa semuanya ada, aku nak menangis nak mengadu tapi aku xtau, benar2 rasa amarah sgt. Ikan pari aku hangus didlm kuali, rempah yg aku tumis td habis dipenuhi dgn air. Saat dan ketika ini dialah manusia yg sgt aku benci bahkan aku tidak sanggup melihat wajahnya langsung.

Aku termenung di depan sinki, meraung sekuatnya di dalam hati. Aku lepaskan juga amarah, aku pecahkan mangkuk dan pinggan di dlm sinki. Aku sbrnnya bukam kaku keliru. Bukan sekali aku disakiti begini. 

Berkali2 meminta duit dgn alasan yg pelbagai, sedangkan aku cuba berjimat2 berbelanja. 

Ya allah...aku x tau nak berdoa, kadang aku terlalu kecewa dan tidak lagi percayakan. 

Aku benar2 ingin pergi, kasihan eusuf masuk skjp ke bilik menunjukkan baju baru dgn kot tp aku terlalu sedih marah utk berkatakan pdnya. Aku hanya baring dan angguk. Aku harap dia memahami. 


Monday, May 16, 2022

rm8.20

Nasi lemak+rendang daging+teh o 0 =rm8.20
Agaknya utk sepinggan menu begini utk tahun seterusnya brp %% kenaikannya. 

Sunday, May 15, 2022

f**k u go to h**l

Jika dah berkali2 kena sumpah begini dgn org yg kita akad, agaknya apa langkah seterusnya??

Perkara begini bukanlah baru berlaku dan aku lalui, tp semasa berkenalan tidak pula aku pernah dimaki begini, semuanya lembut dan bahasa yg terbawa dlm mimpi.
Bila masuk shj ke alam baru, sedikit demi sedikit sikapnya yg pelik2 itu keluar. Antaranya bahasa makian itu seolah2 aku dijdkan pasangannya utk menerima dan menelannya. Bahkan pekerjaan aku seringkali diperlekehkan apatah lg dr mana aku belajar. Aku rasa segala perkataan buruk kesat semuanya dah aku telan. Aku sabar itu adakah sehingga aku hanya diamkan diri. Selalu soalan itu bermain dlm hati dan minda. Aku kesal byk perkara, antaranya ialah knp aku kenal dia. Perkara yg aku nak cuba patah balik dan ubah semula. Itu kata manusia, aku masih ada iman, itulah jalannya. Terus memandang ke hadapan utk kebhagiaan diri sndiri dan anak aku yg selalu jd mangsa. 

Friday, May 13, 2022

merisik bangunan di shah alam

Panas berpeluh2 menunggu. Akhirnya aku kata kita minta dia emailkan shj.

Monday, May 9, 2022

kata2

Kata2 itu sbrnya ada pelbagai pilihan utk kita lontarkan, benarlah pena itu lebih tajam dr pedang kerana pedang hanya membunuh tp kata2 melumpuhkan semangat dan jiwa manusia berhari2 sehingga habis nyawa. 

Jika setiap hari kita disimbahi dgn ucapan kata yg negatif sesungguhnya jiwa kita juga sedikit n sesikit itu akan koyak dan lumpuh. Seperkara juga sekali kita melontarkan kata2 itu akan menjadi seakan sumpahan dan terpaksa padah akan akibatnya. Benarlah juga kata2 memakan balik pd kita semula.

Sayangilah setiap bahasa yg bakal kita luahkan terutama pd insan2 yg sebaik2 nya akan menjadi seburuk2nya, walaupun kita tahu tp kata yg baik itu lebih byk faedahnya pada kehidupan kita yg bakal kita lalui setiap hari. Terlajaklah perahu kerana perbuatan boleh berpatah balik namun terkeluar kata2 yg keji ,hina dan sumpahan akan menjadi sumpahan pd diri sendiri. Aku benar kesal. 

"Andai aku dpt undur semua masa"

Sunday, May 8, 2022

masak ke nak perang

Bila ko rasa yg memasak tu mcm nak ajak berperang, bunyi2an berdentam dentum. 

sekeping kertas


Saturday, May 7, 2022

perjalanan raya hari 4

Aku dah pesan dgn anak2 esok(khamis) kena bersiap awal. Malam td aku dah maklumkan pd ika insyaaallah aku akan ikut bersama 'baraan'. Perjalanan dr rumah ke klang lancar walaupun pd awalnya aku mrancang utk ikut highway nkve, namun selepas berada di jalanan aku teruskan seperti biasa melalui federal highway. Muhd segak berbaju melayu dan bersampin, begitu juga aisy dgn baju seiring dgn tema warna. 

Panas betul cuaca hari ini, kasihan aku melihat anak2, ac kereta kurang sejuk terutama cuaca yg panas begini. 
"Abah, blkg x rasa a.c"
Aku diam bila dgr keluhan aisy.

Destinasi pertama ialah ke sungai yu, aku rasa lama benar tidak bertandang kesini. Jalan masuk mmg sgt cntik, aku terlajak simpang masuk , dengan sekilatnya aku memutar stereng kereta. 

Agaknya raya2 akan dtg mmg kita jgnla menjangkakan biskut raya, kek raya yg semeriah sbgmn zaman 90an dan sebelumnya. Lebih diisi dgn jajan dari kuih tradisi yg sbnrnya pun ramai yg kurang gemari rasa dan penyediaannya pun tidak senang. 

" Hospital mana skrg? Dah start kerja ke?"
Aku malas sbnrnya nak berikan ulasan dan jawapan aku sekadar angguk dgn isyarat. 

Selepas bersalaman dgn wak milah, kami pun sambung perjalanan ke tebuk berihun. Aku cdgkan ikut jalan dalam kerana cuaca yg panas dan sbnrnya juga a.c kurang sejuk bila jem. Suhu engine pun aku perasan naik 1bar.
" Kita ikut jalan dalam ye, rasa mcm raya lalu sawah bendang"
Aku perasan radzi pun ikut kami. 
Selapas berapa ketika abah melihat aku, " sepatutnya dah jumpa simpang" abah mula ragu2 dgn laluan yg kami susuri. 
" Kereta pun x byk lalu sini"
Aku cuba buka maps tp signal pula sgt lemah bahkan seolah tiada. 

Aku berhenti ditepi dan melambai2 kereta belakang(radzi). 
" Boleh buka maps? Abah rasa mcm sesat"
" Kenapa ikut dlm" mak tanya.
Aku balas sbnrnya itu idea aku mmg nak lalu tgk sawah bendang. 

Aku singgah sebentar di pekan sungai besar. Banyak juga perubahan dr segi kedai yg ada. Shop lot tidak byk berubah masih yg sama spt dulu. 
"Dah ada bakery cottage, richiamo?" Aku tidak sangka juga. Hebat tentu ada sbbnya dan permintaan. 

Aku dah berpusing2 3x, namun kedai buah yg abah maksudkan masih belum jumpa.
"Kedai tu tepi jer"


bila lapar perkara yg keyang dan jimat ialah nasi kandar mamak

Sebulan tidak mkn tghari sebenarnya rasa juga janggal utk perut menerima. Puasa sedikit sebanyak mengurangkan lemak dan mengurangkan selera makan. Alhamdulillah seluar yg dulunya rasa ketat selepas berpuasa sebulan rasa selesa digayakan. 

Aku malas nak terus pulang ke rumah jd aku singgah ke plaza metro. Tiba2 terasa ingin makan aku langsung teringatkan kedai mamak ayza's yg terletak bersebelahan dgn plaza metro. Bila dah makan nasi kandar ayam grg, kuah campur dan sayur kobis goreng, rasa perut ni dah kembali sbgmna sebelum berpuasa. Ditambah pula dgn fresh oren kosong. Sia2 pengorbanan sebulan menahan nafsu makan. Jika aku berjaya cukupkan 2 bulan berpuasa aku yakin lebih byk dpt aku kurangkan berat badan.


Friday, May 6, 2022

mangga

Aku membelek2 gembok yg ada di mr diy itu, cuba memilih antara yg aku rasakan sesuai dr segi saiz, jenis kunci dan sekurangya ada qualiti. Walaupun tidak byk pilihan yg ditawarkan akhirnya aku mengambil 1shj setelah membuat semakan harga.

"Jika mak takut, mak kuncila gril luar ni, kuncinya ada sangkut ditepi"
Gembok yg lama dia dah ambil samada dibuang aku pun tidak pasti. Katanya nak ganti dgn gembok yg baru. Sejak hari tu gril luar mmg tidak bermangga. Kerap juga pagar luar terbuka luas. Aku dah penat memberikan peringatan, tp org begini akalnya dia rasakan sgt mahal utk menerima teguran dr suaminya sendiri. Rasa tercabar egonya yg berlulusan luar negara dan berpangkat besar. Terutama aku yg sekadar ada lah lulusan biasa2.

Aku mmg dah merancang utk pulang hari ini(jumaat), aku boleh jangkakan akan ada letusan emosi yg akan dia bina utk ganggu suatu hari yg aman damai dan tenteram. Tidak aku sangka aisy menjadi mangsa sumpah seranahnya bahkan tidak merelakan susuan utk anaknya sndiri. 
"Apalah dan mengapa ye ada manusia sebegini, suka membuat sesuatu yg diluar kebiasaan dan sgt mementingkan diri"

Lewat sampai dirumah, hampir jam 11, kami tidak singgah manapun, walaupun niat asalnya aku ingin membawa mereka pusing kota metropolitan diwaktu malam melihat keindahan lampu. Muhd pun dah lena dibelakang, sibuk sebelum itu menyuruh aku membaiki hp yg gagal dihidupkan spt biasa. 

Selepas membawa masuk barang2, aku nak mengunci gril, aku cr2 mangga yg aku beli tempohari, aku selak2 tempat gantung kunci meraba namun mmg tiada. 
Aku cuba berfikiran waras, jika hal kecil begini pun dia tidak mahu bertolak ansur, aku cuba memujuk dan berdiam. Mangga mmg tidak bersalah cuma salahnya dia membuat keputusan tanpa menilai hati dan perasaan org lain, aku fikir aku sgt waras dan bertimbangrasa tidak mengunci mangga yg baru itu terus di pintu gril, cuma aku gantung ditempat kunci utk memberi tanda bahwa ada mangga yg baru utk gril. Aku harapkan bila aku dah tiada nanti kalian dapat membaca coretan aku ini sbg tauladan dan berfikirlah dgn baik utk menilai. Aku tinggalkan sbg pedoman dan pengalaman hidup aku sbb aku xmau semua kisah suka duka aku berkubur dlm jasad aku sama. Wallahualam

Tuesday, May 3, 2022

hari ke2

"Walau ibuku tua tp dia ada hati dan perasaan."
Yang memulakan sesuatu dia jg, aku tiada masalah pun dgn ibunya, bahkan bergegas aku keluar mencari ayam utk dimasak rendang jika ibunya mahu memasak malam itu kerana menyangkakan hari raya jatuh lusa, kejutan apabila mendapat tahu esok raya. 
#perempuantakpernahsalah
ig @mfafairuz

Monday, May 2, 2022

hari yg pertama diusia yg kurang 5tahun separuh abad

Anak2 dikg beraya bersama2 pakcik makcik, aku beratur mengharapkan nasi lemak kfc. Aku akui byk lg ipta yg bgus dan aku x pernah pum claim uitm itu bagus semuanya tp jgnla sampai engkau menghina susah payah aku belajar disana sehinggakan meletakkan taraf tu sehina2nya. Maaf aku mmg tidak akan maafkan kerana itu sgt menyinggung bapa pd kedua anakmu dan rezeki yg aku dpt skrg pun hasil didikan aku disana, yg pastinya kami tidak pernah diajar utk menghina org lain. Uitm tetap dihatiku.

Sunday, May 1, 2022

isnin yg istimewa?

Pada awalnya ada ura2 mengatakan yg hari raya jatuh pd isnin, sampaikan ada utuber yg membuat content. Aku beriya nak keluar kepasar esok pg untuk membeli ayam dan daging, bahkan barang2 utk bhn rendang sudahpun aku siapkan. Cuma hati aku tawar tidak ceria menyambut berita. Esok cuma hari yg biasa dlm rutin harian cuma lorong rumah sunyi kerana semua tiada. Esok hari berganda ,hari raya dan hari cuti umum ganti hari buruh, utk aku esok juga hari yg aku mengenal dunia. Terima kasih utk ibu abah dan anak2. 


Search This Blog