"Ni apa ye?"
"Kencur" pekedai tu menjawab persoalan aku. Dengan sukacitanya aku terus mengambil beberapa biji kencur, daun halia dan santan.
Rm4.20 dan aku berikan rm10 dan 20sen.
Aku harap sempat memasak sebelum dia balik. Aku serabut melihat dia. Sampai rumah rupanya aisya belum balik lg dr sekolah.
"Ingatkan aisyah, dia x balik2 lg"; mak meluahkan rasa risaunya.
Aku cuba menghbungi namun tidak berjawab. Aku terus menghantar ws ringkas. Aku yakin aisyah lmbt sbb ada kokurikulum sbb td dlm perjalanan pulang aku nmpk masih ada pelajar di sekolah saas.
Aku terus memotong bawang merah , bwg putih, kencur dan cili. Sedang aku menumis dgr pagar luar dibuka.
Aku cuba menyiapkan secepat yg mungkin dgn harapan sempat utk aku masak.
"Berambus aku nak masak"
Naik juga darah aku yg kebetulan sedang memegang pisau.
"Masaklah dapur sebelah"
Dapur ada 2 dan sebenarnya tiada pun masalah cuma dia ni sakit jiwa gila meroyan mencari sebab dan pasal untuk menyakiti hati.
Aku hentak pisau tu atas para dapur mmg berdentum juga bunyi, dia pantas membalas dengan menghempas kuali sekuatnya atas dapur.
Aku malas nak melayan dan cuba bersabar, aku tutup api dan kemas kan bhn2 tadi. Aku terus naik ke atas bilik dan berbaring menahan marah sambil kpl otak aku ligat berfikir.
"Sampai bila?"
"Jujur aku tiada lagi kasih syg yg perlu aku berikan"
Aku juga serik. Hati aku terus berfikir dan byk soalan yg aku sendiri tiada jawapan.
Aku turun semula bila aku rasa emosi aku stabil dan tenang. Alangkah hancur, marah, kecewa semuanya ada, aku nak menangis nak mengadu tapi aku xtau, benar2 rasa amarah sgt. Ikan pari aku hangus didlm kuali, rempah yg aku tumis td habis dipenuhi dgn air. Saat dan ketika ini dialah manusia yg sgt aku benci bahkan aku tidak sanggup melihat wajahnya langsung.
Aku termenung di depan sinki, meraung sekuatnya di dalam hati. Aku lepaskan juga amarah, aku pecahkan mangkuk dan pinggan di dlm sinki. Aku sbrnnya bukam kaku keliru. Bukan sekali aku disakiti begini.
Berkali2 meminta duit dgn alasan yg pelbagai, sedangkan aku cuba berjimat2 berbelanja.
Ya allah...aku x tau nak berdoa, kadang aku terlalu kecewa dan tidak lagi percayakan.
Aku benar2 ingin pergi, kasihan eusuf masuk skjp ke bilik menunjukkan baju baru dgn kot tp aku terlalu sedih marah utk berkatakan pdnya. Aku hanya baring dan angguk. Aku harap dia memahami.
No comments:
Post a Comment