"Jika mak takut, mak kuncila gril luar ni, kuncinya ada sangkut ditepi"
Gembok yg lama dia dah ambil samada dibuang aku pun tidak pasti. Katanya nak ganti dgn gembok yg baru. Sejak hari tu gril luar mmg tidak bermangga. Kerap juga pagar luar terbuka luas. Aku dah penat memberikan peringatan, tp org begini akalnya dia rasakan sgt mahal utk menerima teguran dr suaminya sendiri. Rasa tercabar egonya yg berlulusan luar negara dan berpangkat besar. Terutama aku yg sekadar ada lah lulusan biasa2.
Aku mmg dah merancang utk pulang hari ini(jumaat), aku boleh jangkakan akan ada letusan emosi yg akan dia bina utk ganggu suatu hari yg aman damai dan tenteram. Tidak aku sangka aisy menjadi mangsa sumpah seranahnya bahkan tidak merelakan susuan utk anaknya sndiri.
"Apalah dan mengapa ye ada manusia sebegini, suka membuat sesuatu yg diluar kebiasaan dan sgt mementingkan diri"
Lewat sampai dirumah, hampir jam 11, kami tidak singgah manapun, walaupun niat asalnya aku ingin membawa mereka pusing kota metropolitan diwaktu malam melihat keindahan lampu. Muhd pun dah lena dibelakang, sibuk sebelum itu menyuruh aku membaiki hp yg gagal dihidupkan spt biasa.
Selepas membawa masuk barang2, aku nak mengunci gril, aku cr2 mangga yg aku beli tempohari, aku selak2 tempat gantung kunci meraba namun mmg tiada.
Aku cuba berfikiran waras, jika hal kecil begini pun dia tidak mahu bertolak ansur, aku cuba memujuk dan berdiam. Mangga mmg tidak bersalah cuma salahnya dia membuat keputusan tanpa menilai hati dan perasaan org lain, aku fikir aku sgt waras dan bertimbangrasa tidak mengunci mangga yg baru itu terus di pintu gril, cuma aku gantung ditempat kunci utk memberi tanda bahwa ada mangga yg baru utk gril. Aku harapkan bila aku dah tiada nanti kalian dapat membaca coretan aku ini sbg tauladan dan berfikirlah dgn baik utk menilai. Aku tinggalkan sbg pedoman dan pengalaman hidup aku sbb aku xmau semua kisah suka duka aku berkubur dlm jasad aku sama. Wallahualam
No comments:
Post a Comment