Malam itu aku hantar dulu anak2 memandangkan mereka tidak dapat ikut bersama kerana ada perancangan lain bersama dgn ibu mereka. Slps itu singgah ke tesco setia alam untuk mengambil kereta sewa, yaris standard. Aku sempatla merehatkan mata 3jam sedikit lebih kerana nak bertolk awal sebelum subuh.
Kami bersolat subuh di petronas nkve, 3 kereta yg bakal berkonvoi kesana nanti. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami pun berehat utk bersarapan di rnr temerloh sememtara menunggu radhi td terpaksa berpatah balik kerana tertinggal wallet. Dlm 40min mereka pun tiba, alhamdulillah makan nasi goreng dan ikan masin mmg selera dihari raya ke 3.
Ini kali ke 2 dlm tempoh 6 bulan aku ke cini, sebelum ini menemani abah.
Walau hari ke3, namun suasana di sini tidaklah begitu meriah, tidak lama kami sampai ada tetamu dr penduduk setempat dtg menziarah. Mungkin hari raya bukanlah sesuatu yg aku sgt tunggukan bahkan aku tidak suka mengenangnya kerana byk perkara pahit dan serik utk aku fikirkan.
Kami bergerak slps zuhur lebih kurang jam 2pm. A.andu cadangkan balik ikut jalan dlm dan keluar ditemerloh. Perjalanan balik aku ambil alih sbg pemandu utama. Jalan yg aku ambil ni agak sunyi dan hanya dikelilingi pokok2 dan kami menyusuri sepanjang tepi sungai. Cuaca redup dan hujan skjp2.
Kami berehat skjp ditemerloh utk meregangkan kaki dan badan. Aku singgah jg utk lihat jika ada kudapan namun harganya agak mahal. Ketika ini hujan agak lebat.
Radhi katanya gerak lambat sbb nak menghilangkan mengantuk jd kami bergerak terus menuju ke kuala lumpur. Tidak smpai 15min kereta mulai perlahan dan sgt perlahan. Mata aku ni pun mulai berat dan mengantuk, aku minta afif gantikan sementara. Mmg jem teruk kami sampai di genting sempah dah lewat dan gelap. Ikutkan sepatutnya jam 7 kami dah sampai diklang. Kami bersihkan diri dan aku pandu semula kereta dan selepas berfikir dan berbincang kami ambil keputusan ikut jlan gombak lama utk pintas kesesakan trafik.
Mmg lancar pemanduan cuma suasana sgt gelap dan jalan juga kecil dan byk selekoh. Kami melalui kg org asli. Ada ketika ada lori simen dan merencatkan perjalanan namun dia mengalah dan memberi laluan utk kami.
Syukur kami buat keputusan yg betul. Kami singgah solat di shell bukit raja dan meregngkan semula bdn yg lama duduk dan stress kerana trafik jem. Kami sampai jam 930mlm dibukit raja.
Malam tu abah belanja makan direstoran hakim. Alhamdulillah perjalanan yg pelbagai ranjau namun selamat dan selesai segala urusan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Shrmzb