Hujan masih lagi turun renyai2 diluar. Suasana di Jp seakan ada sesuatu yg berlaku malam ini. Namun warga brunei masih ramai belayar diluar negara. Tempohari di Miri dipenuhi oleh warga Brunei yg mengambil peluang membeli belah. Kadar tukaran juga agak tinggi berbanding bulan2 yg lepas.
Alhamdulillah segala yg dirancangkan sepanjang cuti sekolah juga berjalan dengan baik dan mudah. Cuma bulan ini aku memang tidak membawa masuk barang langsung secara tidak langsung hasil kutipan untuk penghujung 2018 tidak begitu baik. Harapan aku biarlah dapat menampung sewa bulanan kedai sekurangnya.
Apa yg pasti sesuatu yg positif aku harapkan berlaku di tahun 2019. Rezeki mendatang tanpa diduga, dan pertemuan serampang 4 mata dengan Zahiri, En. Hayat, Hadi dan En.Khalid aku mengharapkan lembaran baru dan sebuah impian yg bakal menjadi kenyataan.
Semoga 2 projek yg bakal aku ambil alih akan berjalan dengan baik dan dapat aku tangai masalah2 yg mendatang dengan baik.
Selamat datang juga buat ahli keluarga baru, semoga ikatan silaturrahim yg bakal dibina dapat memantapkan lagi keluarga yg ada.
selamat tinggal 2018 dengan pelbagai peristiwa suka duka semoga dijadikan pengalaman dan panduan untuk 2019. Amin
Perjalanan tidak lah sejauh mana, namun disebabkan suasana persekitaran yg amat membosankan ketika memandu mudah membuatkan mata mengantuk. Bahkan tiada tempat yg benar2 sesuai utk melelapkan mata barang sebentar terutama pemanduan diwaktu malam.
Selepas tol RM10, kelihatan kerete mulai tersusun rapat, lorong menjadi 2 laluan kereta, sesekali ada juga kenderaan yg menyalakan lampu kecemasan memotong di laluan kanan. Hujan mulai turun beransur, kedengaran bunyi wiper yg kadangkala agak mengganggu. Aku hanya membiarkan cermin dibasahi hujan. lagipun kereta bergerak sangat perlahan, kerap gear pada posisi Neutral berbanding drive. Selepas 30 minit baru aku dapat sampai ke pos imigresen untuk membuat pengesahan passport keluar dr malaysia. Nampaknya susunan kereta berlarutan sehingga ke pos Brunei.
Kadangkala firasat kita itu menjadi, tetapi hari ini kata hati aku semuanya tidak menjadi. Keputusan aku menukar2 lorong berakhir dgn laluan yg kanan dan paling perlahan. Aku tersangkut dan mmg sukar untuk menukar laluan pula kekiri yg ada pilihan 3 pos imigresen. Aku menenangkan diri, muhasabah juga. "Ini juga namanya rezeki" pujuk aku pd diri sendiri.
Mujur juga tiada pemeriksaan kastam, hujan pula semakin deras. Penyaman udara pada bacaan 2 itu mencengkam tubuh ku kesejukan. Menyesal juga tadi tidak mengeluarkan jaket Adidas ku. Sekurangnya boleh juga aku mengurangkan suhu sejuk di dalam dan diluar.
Aku memandu dengan kadar sgt waspada. Tadi bila aku lihat tayar hadapan kiri mmg sudah sampai masa untuk ditukar. Hanya tinggal bunga vertical manakala yg horizontal sudah haus.
"Memang kena buat juga alignment ni"
"Tayar makan sebelah kiri" bisik2 aku.
Selepas kastam aku memandu dengan halaju 80-90km/j. Namun kenderaan dihadapan aku benar2 mengganggu pemanduan aku. Kekerapannya membuat brek merisaukan aku. Aku cuba melihat kalau2 ada kenderaan dihadapannya. Tapi tiada apa2 kenderaan yg ada bahkan terlalu jauh untuk mengganggu pemanduannya sehingga kerap menekan brek. Aku terus mengambil keputusan memotongnya walaupun ada juga sedikit khuatir kerana bunga tayar yg haus, walaupun 3 lagi masih dalam keadaaan baik.
Ada lagi 1jam 30 minit itupun pada kelajuan 110-120 km/j. Aku benar2 mengharapkan mata aku tidak terkesan sgt dgn sejuknya cuaca dan bosannya memandu dalam keadaan begini. Aku menyanyi perlahan menghiburkan hati. Sesekali aku meneguk air menghilangkan keperitan tekak. Cuma hari ini ada ulser dbibir bawah bhgn kanan. Bibir pun kering memang tidak selesa sgt.
Alhamdulillah perjalanan lancar, mataku tidak menunjukkan tanda mengantuk. Mungkin kesan aku minum kopi o tadi di Muara Restoran, Miri. Jujur aku melihat persekitaran Restoran Muara itu tadi kotor , lantainya tidak bersapu, meja juga tidak dilap dengan sempurna. Namun masih ramai yg datang menghilangkan lapar dan mencekik. Harga makanan juga tidak lah mampu milik dan ekonomi. Kebanyakan menunya bermula drpd RM10 ke atas. Begitu juga minuman, Kopi O aku tadi RM2. Sama harga teh tarik mamak di kedai semenanjung. Kebanyakan pekerjanya org asing drpd indonesia.
Hujan terus membasahi bumi. "ehh macam lirik lagu pula,heheheh"
Sampai di Tutong hujan semakin lebat, aku memperlahankan juga kenderaan , sesekali apabila melalui kawasan lopak terasa seakan tayar ditarik dengan medan magnet. Jika mengikut perkiraan masa aku sudah lewat 10minit, sepatutnya perjalanan hari biasa hanya mengambil masa 45min.
Bayangkan stesen minyak jam 9mlm sudah mulai ditutup. Pernah aku cuba singgah kerana mata mengantuk untuk membasuh muka, sampai di Shell Tutong sudah gelap gelita bahkan jalan masuk ke bhgn stesen juga di pagar dengan besi2 menegak. Geleng kepala aku, ada kemudahan jalan raya bertaraf lebuhraya yg hebat tapi kemudahan untuk tempat rehat tidak disediakan. Ini juga sebab utama kenapa aku rasa bosan memandu kerana kita benar2 memandu sepenuhnya perjalanan itu drpd sempadan sehingga ke destinasi yg dituju. Tiada tempat persinggahan awam untuk membasuh muka, berhenti solat yg disediakan secara khusus. Jika ada pun perlu keluar drpd lebuhraya dan masuk ke pekan yg ada seperti Seria (tidak sesuai kerana jaraknya dekat dengan sempadan), Tutong yang paling sesuai.
Hujan diluar semakin lebat, nampkanya lena lah aku tidur malam ni, harap2 dpt mimpi yg enak dan bukannya mimpi dikejar musuh lagi. Wallahualam
Aku bangun spt biasa hari itu, hari ini jumaat seperti biasa ada tazkirah dan sedikit juadah waktu pagi. Katanya ada mee kari pagi ini. Cuma aku terasa kurang selesa , tekak terasa sangat loya dan mual. Badan ku panas, namun aku redah juga merentasi highway cheras menuju ke pejabat.
Tidak aku sangka permintaan aku dipenuhi, terima kasih sebab bersusah menyediakan juadah untuk tazkirah. Menjelang tengah hari aku semakin tidak selesa, perut ku memulas tekak loya. Dan akhirnya aku muntah2 dan terasa sejuk badan, tenaga yg ada pun semakin menurun kerana muntah td.
Walaupun begitu sempat juga aku menjamah sedikit td mee kari. Terasa kesal juga kerana diwaktu begini aku tiada selera untuk makan.
Aku berehat sebentar di dalam surau, sambil memikirkan untuk pulang shj ke rumah apabila ada sedikit tenaga untuk menunggang motorsikal nanti.
Tidur
Malam itu aku baring disofa cuba untuk melelapkan mata. Aku berpusing2 cuba mencari keselesaan untuk baring, serba tidak kena segalanya. Aku selimutkan badan yg menggigil dan berpeluk tubuh untuk menghilangkan kesejukan. Kipas yg selalunya senantiasa berpusing aku matikan kerana tidak tahan kesejukan yg menyentuhi segala genap tubuhku. Sudah beberapa kali aku muntah, dan semakin lemah badan kerana byk kehilangan air. Ubat demam mmg sudah aku telan, hanya mampu bertahan seketika kesannya. Tekak ku benar2 loya tiada selera langsung untuk menerima sebarang makanan. Aku cuma minum air mineral yg untuk memastikan aku tidak kehilangan air didalam badan.
Paginya aku bersiap2 ke klinik, badan ku masih lemah. Masih lagi terasa sejuk dibadan. Tentu doktor akan mengambil darah memandangkan ketika ini banyak kes demam yg tidak terjangka. Setelah darah diambil aku menunggu seketika keputusan ujian.
Susut
Sudah 5 hari aku tidak bekerja, kesaannya amat ketara. Badan ku susut kerana tiada selera untuk makan. Sepanjang tempoh aku hanya mnum air mineral dan buah apple. Kerana masammnya dpt menghilangkan kesan loya yg teramat ditekak.
Aku pernah menitiskan air mata melihat adikku dimasukkan ke ICu kerana denggi, memang aku tidak dapat lena mengenangkan betapa kritikalnya ketika itu, hanya doa aku kamitkan dibibir memohon Allah memanjangkan umur adikku.
Hujan lebat turun sedari maghrib tadi. Aktiviti petang seperti biasa bermain badminton dgn eusuff cuma angin agak kuat tanda hujan akan turun. Setiap malam jumaat ada kelas karate menjadi rutin aku menghantar dan mengambil anak2. Bezanya kali ini eusuff tidak ditemani aisy.
'Hidup bagaikan pentas opera....'pandai pula eusuff melayan lagu Opera Hidup. Bila terdengar lagu seterusnya memang sedikit terkesan ketiadaan aisy di sisi. Lagu yg sering diputar berkali2 dan menjadi pilihan aisy setiap kali mengambilnya pulang dari sekolah.
Asrama dulu
Selepas tamat peperiksaan darjah 6, aku dalam dilema samada ingin meneruskan pelajaran disekolah biasa ataupun sekolah aliran agama. Ustaz ada memaklumkan jika berminat untuk menyambung ke SMA Jeram memang tiada masalah dan boleh terus diterima masuk tanpa perlu saringan.
Pagi itu aku dipanggil oleh Cikgu Kamarul.
"Ini borang permohonan untuk kemasukan ke Yayasan Selangor hanya kamu berempat yg cikgu pilih dan selamat berjaya" aku memandang wajah Shamsul, Alifah dan seorg lagi yg aku sudah lupa namanya. Yang aku ingat setiap hari bapanya akan menjemput dengan Vespanya.
Dalam hati kecilku berdoa2 semoga permohonan ku diterima.
Aku mendapat maklumbalas dan dimaklumkan bahawa aku akan ditemuduga di Asrama Yayasan Selangor Klang. Pagi itu aku sudah bersiap2 dgn penuh semangat, berseluar coklat berbaju biru muda dan berkasut Aliph. Sampai di AYSK aku terasa agak janggal memandangkan calon2 yg hadir semuanya berbaju sekolah hanya aku seorang berbaju biasa. Aku perasan ada juga murid yg berkain pelikat masih pantang bersunat.
"Fuh" gementar itu tiba2 muncul. Aku perhatikan juga sekeliling mencari2 wajah rakan sekelas ku namun tidak pula kelihatan.
Tidak lama kemudian namaku dipanggil, dengan perlahan2 aku menyusun langkah sebaik mungkin dalam masa yg sama cuba mengawal perasaan gementar. Ada 2 pegawai yg menemuduga aku, salah seorgnya aku masih ingat; Cikgu Suharno. Beliau pernah menjadi warden sementara di ATDi sebelum Cikgu Ahmad dilantik sebagai warden tetap.
"Pagi tadi solat subuh ?" soal Cikgu Suharno.
"Err..solat " balas ku perlahan antara dengar dan tidak kerana sejujurnya aku tidak solat subuh namun kerana takut aku jadi tidak bercakap benar.
"kalau camtu cuba baca doa qunut"
Alamak, degupan jantung semakin kencang. Dengan kegugupan aku menjawab yg aku tidak mebaca qunut. Aku teringatkan di dalam kitab Feqah Biru ada menyatakan jika kita tidak membaca qunut, perlu diganti dengan sujud sahwi iaitu sujud selepas salam tahyiat akhir.
"Saya buat sujud sahwi" balasku.
Aku melihat wajah Cikgu Suharno tersenyum seolah mengetahui yg aku berbohong. Akhirnya aku terpaksa membuat pengakuan dan memohon maaf kerana tidak bercakap jujur padanya. Pada ketika ini aku dapat merasakan peluang aku untuk diterima semakin pudar.
Aku pernah tinggal disetinggan, ingat lagi masa itu aku mengikut abah, wak yem dan arwah atuk ke sebuah tanah, disitu ada perigi, pokok pisang, landasan keretapi, dan kilang2. Kami makan bekal yg mak bekalkan dan yg paling aku ingat kami makan beralaskan daun pisang. Aku tidak pernah tanya dan tahu dari mana abah mendapat lokasi rumah yg bakal didirikan itu. Wak yem memang tukang rumah begitu juga atuk, abah sebagai pembantu manakala aku hanya sebagai pemerhati.
Ketika itu untuk masuk ke kawasan rumah memang tiada jalan bertar, laluan hanyalah jalan tanah dan apabila hujan tanah akan menjadi lembik dan digenangi air. Silap menunggang motorsikal pasti akan jatuh dan tayar melekat dilumpur. Zaman ini kereta masih kurang. Rata2 masih berbasikal ataupun motorsikal. Ayah arwah kawanku berbasikal ke tempat kerja dr sg rasa sampailah ke kilang di s15 shah alam. Bahkan aku juga pernah berbasikal merentasi shah alam hingga ke Bukit Cahaya bersama-sama dengan arwah akhtar, arwah koyem dan shamsul. Aku masih menyimpan gambar tersebut sebagai kenangan. Kenangan yg pasti aku semat sampai bila-bila.
PART 2
Tiba2 aku menerima pesanan ws drpd individu yg tidak aku kenali. Ws tersebut aku terima 3hari yg lalu tp tidak pula aku padam dan block.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
APARTMENT RESIDENCE NEAR UKM BANGI
STARTING PRICE FROM RM 318,800.00
(COMPLETION 2021)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
## UNIT SIZE : 1007 SQ.FT TO 1,227 SQ.FT
## 3 BEDROOM, 2 BATHROOM
## CASH REBATE UP TO RM38,000.00
## ZERO DOWN PAYMENT
## BOOKING FEES ONLY RM500
## FREE SPA & LOAN LEGAL FEE
# 10% DISCOUNT FOR BUMI, 7% DISCOUNT FOR NON BUMI
FACILITIES
=================
## FREE 2 CAR PARKS BAYS
## GATED & GUARDED
## 13,000 SQFT CENTRAL REST & RECREATIONAL AREA FOR THE RESIDENTS
## ROOFTOP RECREATIONAL FACILITIES
## FAMILY PICNIC GARDEN
## RESTING WAKAF
## SWIMMING POOL
## CHILDREN WADING POOL
## INDOOR GYMNASIUM
## MULTIPURPOSE HALL
## KINDERGARDEN SERVICES
## SURAU
## & MANY MORES
ACCESSIBILITY
=================
## NORTH-SOUTH EXPRESS (NSE)
## KAJANG DISPERSAL LINK EXPRESSWAY (SILK)
## JALAN REKO, KAJANG
## UKM KTM STATION
SURROUNDING AREA - PUBLIC AMENITIES
===================
## BANGI GOLF RESORT
## DANAU GOLF CLUB
## BANGI GATEWAY SHOPPING COMPLEX
## IOI CITY MALL
## COLLEGES (UKM, GMI)
## BANGI WONDERLAND THEME PARK
## TAMAN TASIK CHEMPAKA, BANDAR BARU BANGI
## PRIVATE SCHOOL (GREENVIEW ISLAMIC SCHOOL)
## PUBLIC PRIMARY & SECONDARY ISLAMIC SCHOOL BANGI
Sementara menunggu di dalam kereta aku membalas wsnya.
Baru2 ini aku dihubungi oleh seorang rakan lama. Beliau meberitahu ingin membina sebuah rumah di kampungnya. Jadi dia menyatakan hasrat untuk meminta sedikit nasihat aku berkenaan dgn rekabentuk struktur bangunan. Aku secara ikhlasnya memang tiada masalah untuk memberikan khidmat runding, sudah tentu aku tidak akan mengenakan bayaran sebagaimana bayaran komersial memandangkan beliau juga adalah rakan ku.
Aku mmg teruja kerana merekabentuk itu sebahagian drpd darah dagingku. Bertahun2 aku melalui pengalaman yg pelbagai di dalam khidmat runding begini. Walaupun sebenarnya tidaklah seindah nama kerjaya yg digambarkan namun disebabkan minat aku dalam bidang ini , aku menelan kesannya terutama dlm nilai komersial kerana ramai yg tidak menghargai.
Rata-rata org2 diluar sana lebih suka mempercayai tukang2 pembuat rumah yg memang tiada langsung tauliah sekadar ada sedikit pengalaman dan modal. Sedangkan nilai sebuah lukisan yg sekadar 1-5% drpd kos pembinaan dianggap sebagai kos tambahan yg boleh dibuang.
Sambil aku menunggu di dalam kereta, telinga ku melayan alunan muzik2 lama drpd Harmoni Fm. Sesungguhnya lagu itu bisa membawa kita kesuatu kesah yg kadangkala kita sudah lupa. Perlahan2 aku menyusur 30 tahun yang lalu.
Terbayang wajah rakan2 yg masih muda belia. Tahun itu kami sepakat masuk Persatuan Pengakap Sekolah. Kami sungguh tertarik dengan aktiviti perkhemahan. Katanya juga setiap tahun akan diadakan perkhemahan disekolah , jd sesuatu yg baru bg aku dpt berkhemah bersama teman2. Cikgu Johari antara yg menjadi org kuat Persatuan Pengakap Sekolah, begitu juga cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim merupakan guru muzik, dia gemar memanggil anak2 muridnya untuk menyanyi di hadapan kelas dan aku juga pernah mendendangkan lagu Ku Dihalaman Rindu oleh Lefthended. HUHU
Dalam pada itu juga, ada seorng murid perempuan dr kelas 5 Cempaka yg benar2 menjadi bualan jejaka2 di tahun 5 bahkan turut menarik perhatian perhatian tahun 6 juga. Pada ketika ini ketua murid Sekolah memang terkenal dengan kereknya, berseluar londeh dan rambut sisir tengah dan ditarik kehadapan benar2 menjadi fesyen terkini ketika itu. Aku sebenarnya tidaklah mengambil kisah sangat hal2 sedimikian memandangkan aku lebih suka menghabiskan waktu bersama teman2 lelaki samada petang bermain bola ataupun badminton.
Sebenarnya ada 1 insiden antara aku dgn Cikgu Johari, entah apa silapnya ketika itu lenganku bengkak di denda olehnya kerana aku mengejek2 cikgu. Aku benar2 menyesal dan memang tidak patutpun aku membuat perkara bodoh begitu, mungkin kerana terlalu seronok bermain dan bergurau sehingga aku melampaui batas.
Cikgu Jamilah ketika itu membimbing kelas 5Anggerik. Aku masih ingat dia memandu Honda Prelude dan memang ketika itu antara kereta yang menarik perhatian aku. Malah kadangkala dia memandu kereta Jenis Fiat. Mungkin disebabkan pengaruh UCU aku dapat mengenal jenis kereta dijalanan.
Hari yg kami tunggu2 pun tiba iaitu hari perkhemahan untuk persatuan pengakap sekolah. Aku seperti biasa berdua bersama2 dgn sabiran rakan karib ku. Aku ingat lagi abah membawa aku ke Jalan Taiping klang untuk mencari uniform pengakap, ada tali, pisau , talipinggang, baju dan skaf yg akan dipakai di leher. Memang bangga aku sgt ketika itu dapat menggayakan uniform tersebut.
kami semua berkumpul di dewan sekolah yg telah diubah suai drpd bilik darjah dimana pembahagi2 kelas telah dibuka manakala meja2 dan kerusi disusun kebhagan blkg dan tepi. Pada ketika itu sekolah kami hanya mempunyai 2 blok, iaitu blok kayu setingkat dan blok baru 2 tingkat. Hakikatnya kami hanya tidur di dalam kelas walaupun ada juga khemah yg kami bina dibawah laluan pejalan kaki yg menghubungkan ke blok kayu.
Itu antara memori yg masih aku ingat apa yg berlaku selain itu aku benar2 lupa. dan sehingga kini aku masih tertanya2 apa tujuan mereka memberikan aku kertas jawapan Ujian Sarina.
"Ada tetamu VIP sedang dalam perjalanan"
"Ada buat teumjanji ke dengan management?"
"Biasanya VIP mereka diberi keistimewaan lebih2 lg dpt arahan dr atas"
Kelihatan pegawai perhubungan tergesa2 mempercepatkan langkah cuba menunjukkan gaya mutu keunggulan sambil melemparkan senyuman tanda "mesra".
Jam menunjukkan hampir lewat ptg tanda peralihan shift yg berikutnya. Waktu2 begini memang sgt2 krtikal namun disebabkan ada terma VIP maka hamba2 yg meunggu gajian bulanan ini seolah2 hamba dalam paksaan mereka.
"Owhh....sekadar untuk mendapatkan perakuan bagi visa pelajar" rupa2nya itu yg dikatakan perkara yg perlu diberikan perhatian 100% tanpa memperdulikan keutamaan org lain yg sebenarnya telah pun membuat temujanji awal.
Aku pernah terfikir mengapa tidak pernah diungkapkan perkataan VIP ini semasa ingin mendapatkan solat jemaah , perkara2 ibadah dalam kehidupan seharian untuk mereka yg ada imunan ini.
SIAPA SEMALAM ADA NGAYAU BUKIT UDAL?? WANG URANG NADA BERSALAH KO PANGKUR KEPALANYA SEMALAM. SIAPA ADA KENAL JELAMA YG MENGAMBAT OR ADA YG NAMPAK ATU INFO TEXT AKU 8360642. AKU ANI AS ADINYA KAMI SEKELUARGA MENCARI KAU YANG MEMANGKUR KEPALA ABG KU. BRO NYAWA NYAWA IKAN SAMPAI CARIK KEPALA KERITA MANDI DARAH. DICARI BALIK SEMALAM HILANG KAU BRO? KIRA NUNJUK GAGAH KO NGAMBAT KEPALA URANG INDA BERSALAH SAMPAI MASUK SPITAL ABG KU. SIAPA ADA KENAL OR NAMPAK DANGAN2 NYA ATU BAGI KU INFO.
KES PULIS SUDAH MASANI, KAMI SEKELUARGA MENCARI KAU SAMPAI TEJUMPA. NYAWA INDA DAPAT DIBALI BRO MUN MATI KO MENANGGUNG? INDA JUA USAH SAMPAI BEAMBAT PAKAI BASI KEPALA URANG. ANI MENGAMPAI YA INDA LAGI TECAKAP DARAH LUAN BANYAK KELUAR. PLS SHARED N CARI KAN ORANG ATU. DANGAR2 INFO TUA2 YAA BERUMUR LUAN GAGAH SULNYA.
Contoh 2
Hide my name.
Keluhan dan curhat pramugara dan pramugari di Royal Brunei Airlines.
Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin meluahkan kekecewaan saya atas company yang mana saya sudah berkerja dengannya selama lebih daripada 6 tahun. Semua orang sudah sedia maklum bahawa di Brunei ani Cuma ada satu tempat untuk mana-mana kapal terbang landing dan depart sahaja tetapi itu bukan permasalahannya.
Saya ingin meluahkan disini kerana kami warga pramugara dan pramugari inda pernah didengari mahupun diambil kisah tentang segala keluhan dan keinginan kami di company kami sendiri. Company kami seperti yang sedia maklum baru-baru ini menaiki tempat yang ke -78 di Skytrax World Airline Awards 2018, Alhamdulillah. Akan tetapi, di sebalik kenaikkan carta atu, di belakangnya adalah kami sebagai pramugara dan pramugari yang tersiksa dengan paksaan dan bermacam-macam lagi.
What happens to this airline?
Kenaikkan gaji, tiada. Bonus? Allah saja yang tahu. Selalu kerja keras kami langsung tidak kena pandang. Tidak ada terima kasih malah dibebani lagi. Itu ini kan kena potong. Layanan terhadap kami pramugara dan pramugari ani lagi tidak pernah ada keadilan. Jika company mendapati satu kesalahan kecilpun, akan disuruh kami ani turun naik berjumpa dengan orang diatas kami, membuat explanation letter, kena bagi warning letter dan sebagainya. Cuba abiskita bayangkan, sedangkan mahu memohon leave untuk perbinian melahirkan pun selalu inda kena approve. Tetapi apabila kami inda perlukan cuti atu, kena bagi tah pulang force leave. Di mana jua halnya, kalau kami minta late leave ataupun emergency leave, jarang sekalikan kena approve. Kalau kena approve pun, diminta bukti lagi. Cuba biskita bayangkan kalau emergency leave atu terpaksa kitani apply disebabkan peranakan sakit kah apa, di mana lagi kan terdapat masa untuk mengupdate bisdia untuk bukti kalau sudah kepala ani memikirkan anak yang sedang sakit terlantar?
Satu hal lagi. Baru-baru ani ada di IG Page Royal Brunei Airline mengenai tentang BEST CREW OF THE YEAR. Tolongtah kepada company, jikalau biskita inda bersetuju dari awal, jangan diadakan voting atu. Ani kesian, EY CREW yang baru saja menang (kita boleh refer mukanya arah page kami) telah di grounded atas sebab ketidakpuasan orang-orang yang busuk hati. Beliau berapa lama sudah tidak berkerja atas tuduhan yang tidak ada logical langsung. Apabila diminta bahan bukti kepada orang-orang yang mengrounded beliau ani, inda jua bisdia terbagi bukti. Seperti sedia maklum beliau yang menang ani adalah salah satu crew yang paling baik dan sentiasa ceria. Semua orang merasa happy apabila bekerja Bersama beliau. Lebih 5 tahun berkerja Bersama beliau, beliau tidak layak diperlakukan seperti yang sekarang ini.
Lagi satu kes belum lama ini juga, kami kehilangan seorang crew yang baik jua atas kesalahannya beberapa tahun yang lalu. Di mana kesalahannya atu bukan kesalahan yang dilakukannya di dalam uniform RB. Beliau sudah bekerja di RB lebih 10 tahun tetapi atas kesalahannya yang lama yang bukan didalam kerja mahupun didalam uniform RB, beliau telah dipecat cematu saja. Cali? Memang cali. Kesian, beliau pun ada anak dan bini untuk dibagi makan. Saya yang ada anak bini ani yang masih bergaji pun masih terkial-kial mencari duit apatah lagi mangsa-mangsa RB yang dipecat-pecat ani?
Crew semakin dikurang-kurangi, allowance semakin dikurang-kurangi atas alasan budget low. Tetapi yang saya inda faham, barang-barangan habis ditambah-tambah. Service semakin inda betantu. Jika passenger complain pasal makanan, service, dan banyak lagi complain daripada passenger bisdia ignore saja complains atu tetapi sudah crew bisdia kena complain, bisdia benar-benari membuka kes, mengambil tindakkan, laju bisdia kan membuat janji temu untuk tindakkan bisdia tu. Janji temu ani lagi kalau biskami membuat kesalahan dipajal bisdia datang. Indatah kira sewaktu offday kami atau leave kami, dipajal jua datang. Indatah bisdia tahu iatah saja masa kami ada untuk anak bini keluarga sewaktu offday dan leave atu.
Wahai RB, jikalau biskita inginkan company ani maju kehadapan dan ada lawanan dengan airlines lain, mula tah kita melayan kami seperti manusia dan bukan robot. Apabila kami happy, kami akan buat company ani happy lagi. Apabila dua-dua pihak happy, inShaa Allah aka nada improvement didalam company kitani ani. Dengar keluahan biskami, kami dengar arahan biskita. Jangan macam benar bercakap “teamwork is important” sedangkan biskita sendiri pun payah-payahan ada teamwork sama kami. Membagi roster ani lagi tiada keadilan. Kalau orang yang dikasihi, lawa tia rosternya. Karang terbuat orang yang bisdia inda ingin, kalau boleh setahun atu inda payah dibaginya long haul mahupun Melbourne. Terbuat yang kiss ass bisdia, setiap bulan bisdia bagi complete flight dari regional sampai long haul. Buanglah sifat “pilih kasih” biskita atu. Jikalau rasanya kan berpilih kasih jua, pecat tah kami yang 300 lebih orang ani dan biarlah favourite biskita atu berkeraja sendirian.
Benar memang dimana-mana keraja cemani jua tetapi ani saya luahkan untuk company saya. Benar jikalau inda suka beranti saja tetapi masalahnya saya suka keraja saya ani dan lebih 6 tahun sudah bekeraja disini dari bujang sehingga ada anak dan isteri masalahnya saja, ngalih sudah kena buat macam hamba, patung dan robot oleh company sendiri. Bisdia mahukan kejayaan tetapi kami habis disiksa mental kami. Bisdia mahu kami turutkan arahan bisdia tetapi sekalipun bisdia inda pernah mendangar atau memandang keluahan serta pendapat kami. Bisdia mahukan airlines ani terkenal diserata dunia tetapi sayangnya, semua yang kami lakukan kadangnya atas paksaan semata-mata. Bisdia menyuruh kami improve kan KPI kami tetapi cemana kami kan improve kalau sudah late 5 minit pun kena potong markah KPI. Sekian. Terima kasih.
Waktu pun baru melepasi asar. Menu utk makan malam masih belum disediakan. Jadi eloklah aku bersihkan sinki yg serabut dgn periuk dan pinggan. Sudah seminggu juga paip sinki longgar, aku sudah cuba membaiki dengan mengetatkan nut dibhgn bawah namun spanar sediada kecil jd aku hanya memulas dgn kudrat jari. Mungkin utk sementara.
"Masak lauk dia je...syok sendiri" berdesing juga telinga aku menangkap kata2 yg bagi aku mmg sengaja menguji sabar dan mencari punca kemarahan.
"Gorengla ikan kembong tu, buh kunyit lebih letak tepung sikit. Minyak yg byk tu bolehla goreng keropok dulu".
Seperti biasa akan menerima arahan2 berterusan begini aku hanya mendiamkan diri. Aku menyediakan bahan2 utk sayur bayam merah dan aku fikir senang direbus shj mudah dan cepat. Ikan kembung ada 4 ekor, aku lumur dgn tepung, kunyit.
Aku mmg malas hendak melayan perasaan dan emosi. Aku siapkan kerja2 menggoreng keropok. Nasi yg sudah kembang td aku masukkan ke periuk kukus, periuk nasi td pula aku cuci untuk memasak sayur bayam tadi.
Aku masih didapur sementara yg lain sudah dimeja enak menjamah keropok lekor. Sedikitpun tidak mengajak dan menjemput aku makan sama.
"Ermm....", emosi itu aku cuba diamkan.
Aku tuang kopi secawan untuk menenangkan emosi sebelum menjadi tidak terurus.
Sepi, hidangan semua sudah siap tersedia. Meja makan pun sudah kosong dan beransur2. Hidangan tadi nampak selera bagi aku, masih panas tentu sedap bila makan bersama secara jemaah. Menu mak dahulunya kebiasaannya ikan goreng dan sayur bening. Sesekali shj masak kari ataupun lemak. Ikan yg tidak habis mak akan buat masak taucu ataupun sambal.
Secara langsung emosi aku juga terganggu cuma aku diam dan terus pendam. Tiba2 aku terdengar bunyi periuk yg sengaja diletak kuat. Memang memanah terus api ke dada. Aku bangun ke dapur tidak bercakap apa2 tapi mmg sabar yg ada berada ditengah2 hampir tergelincir.
"Aku lapar..." detik aku dalam hati. Aku masak penuh kasih sayang untuk anak2 dan isteri. Aku bukan mahu dilayan seperti raja, tapi apa salahnya jika ada org yg bertanya.
"Abah lapar?"
"Abang lapar?"
Kata2 yg aku ternanti2. Aku ambil lauk td kusimpan didalam peti ais. Hilang selera aku biarlah aku tenangkan hati.
Hari ini sudah masuk hari ke 4 aku menjaga anak kucing. Ada 2 ekor kelabu dan putih tompok kelabu.
Satu pengalaman yg baru. Semoga dipermudahkan.
"Jumpa kat masjid kb 530pm"
"Ok..insyaallah" ujar ku. Dr jerudong ke kb lebih kurang 1jam menurut google map.
Semalam ada org mcm terdesak nak jual gitar. Aku cuba mendapatkan kepastian langsung menghantar ws. Katanya dia tersilap letak harga, sepatutnya $40. Nampaknya tiadalah rezeki aku sbb kebetulan aku akan lalu seria dan boleh singgah sebentar untuk melihat2 jika berkenan.
Selepas bersiap2 aku melihat pesanan ws masuk sebelum bertolak.
"Bro jadi jual $30.."
"ok..aku odw kesana"
Segera aku memecut kereta, aku ada masa lebih kurang 1jam utk singgah sebentar ke seria dan ke Kb mengambil anak2. Meter kereta menunjukkan 140-150 km/j. Aku berharap petang2 waktu cuti begini tiada sekatan polis. Mudahan aku sempat dan selamat sampai. Sampai di Seria aku menghubunginya dan berjumpa di Soon Lee supermarket, kebetulan juga sebenarnya aku ke situ kerana sudah berpusing dan tidak pasti arah yg hendak dituju jadi aku cuba cari tempat yg senang utk dijadikan panduan.
"Kami masih belum masuk Border...beratur panjang"
Aku sudah duga juga kebiasaan apabila cuti panjang pintu masuk border akan sesak. Aku congak lebih kurang sejam selewatnya baru akan melepasi border. Mujur juga sekurangnya aku ada masa dan tidak lewat.
Dalam 10minit aku bertemu dengan brother tu, dia berbaju t dan berseluar askar corak desert. Loghatnya mmg org tempatan, aku cuba juga namun dengarnya janggal. Pasti dia dpt mengenal aku sbg org dr luar borneo. Ujarnya baru 2bulan dia membeli hasil drpd duit kurnia, namun terpaksa jual semula kerana kesempitan wang.
"aku baru menukar tayar kereta, bocor kena paku" sambil dia menunjukkan tayar belakang kereta Toyota viosnya. Aku hanya menggangguk.
"Terima kasih, bro..aku beli"
"Ok..."
Aku meletakkan gitar di sebelah ku, syukur tercapai juga hasrat aku nak membeli gitar dan pasti jari2 ini pun sakit semula kerana sudah lama aku tidak menyentuh dan bermain.
Kucing Part 2
Mujurlah ada tempat untuk aku meninggalkan seketika kitten, aku buntu juga pada awalnya dan setelah bertanyakan pada aisyah jika ada kawannya yg mmbela kucing barulah hilang juga kerisauan. Kami akan ke KK selama 5 hari runsing memikirkan siapa yg ingin tengok2kan. Terfikir juga jiran2 tp jika tidak biasa dengan kucing kita x perlu juga memaksa org lain untuk menjaga apatah lagi nak berikan susu. Aku bekalkan susu 1plastik cukup utk tempoh yg bakal aku tinggalkan. Mujur juga rumah teman aisyah tidak jauh dari rumah aku. Pada pengamatan aku awalnya aku lega kerana mmg dia byk mmbela kucing dan tahu apa yg ingin dilakukan. Aku berdoa semoga allah mudahkan. sehingga bertemu lagi sekembali dr KK nanti.
"Bye2 ronaldo dan ridzwan" nama yg muhd berikan utk kitten tersebut.
Kucing Part 3 ( 30 july 2018)
"Nanti lepas pulang sekolah agama kita g ambil kucing" pesan aku apabila sampai diperkarangan sekolah.
Terasa juga sunyi mcm menjadi rutin setiap pagi pasti ada yg akan memekik2 meminta susu. aku sukakan yg siputih tapi kondisinya kurang aktif dan agak manja berbanding sikelabu.
"yg putih tu mcm sakit perut"
'dia x brp nak menyusu" rakan aisyah memaklumkan.
Mataku pantas melihat simpang 535, tidak sabar juga sebenarnya untuk melihat mereka. Sampai di perkarangan letak kereta aku melihat siputih sudah tidak bernyawa, kaku terbujur.
"Allah..." kataku perlahan. Aku menarik nafas untuk melegakan sedikit emosi. sikelabu disebelahnya pantas memekik pabila terpandangkan aku. Aku tidak tahu apa perasaan yg ada tetapi sesuatu yg baru aku alamai. Ihsan itu datang dengan sendiri, sedih itu bukan yg dilakonkan. Aku pasrah juga jika itu umurnya di usia sgt muda tanpa susuan ibu tanpa kasihnya ibu walaupun mereka haiwan. Mereka juga makhluk allah yg sama2 berjuang dibumi ini.
"nanti sy akan tanamkan uncle" aku hulurkan sampul dan keropok buat rakan aisyah dan berterima kasih kerana melihat2kan anak2 kucing tersebut.
"biasanya anak kucing bila seekor mati yg kedua akan menyusul"
"allah..." ujian lagi.
Aku harap dipermudahkan sahaja dengan ilmu dan pengalaman yg tidak seberapa.
Kucing Part 4 (3 ogos 2018)
Aku hairan juga kenapa sikelabu tidak ceria seperti biasa. Biasanya bila aku susukan mmg byk dan penuh gelojoh sikelabu akan menghisap. Semenjak aku ambil tempohari sikelabu tidak ceria. aku faham mungkin ketiadaan siputih mmg akan terkesan. Bila tidur mereka akan berpelukan. Sayu melihat mereka yg masih kecil ketiadaan ibu.
Mujur juga ada google dan utube, dari situ aku mendapat idea bgmn untuk mudah memberikan susuan. Comel melihat mereka dibedung dengan mata yg meyinar pantas membuatkan aku terhibur.
"abah kucing dah mati"
Aku baru sahaja pulang dr masjid dgn muhd, lagipun ada bacaan yasin setiap malam jumaat. Kebetulan pula ustaz mebatalkan kelas mengaji malam ini.
"Jom muhd g masjid , ustaz xde mlm ni"
"yeaahh ustaz xde, doa muhd makbul"
"yela tu"
Bila selesai bacaan yasin kebiasaaannya adalah sedikit makanan untuk para jemaah. Itulah yg menyebabkan bila aku mngajak muhd pantas dia bersetuju.
"niat tu kena betul jgn g masjid sbb dpt mknn"
Ye ibu", laju shj muhd membalas agar tidak mendengar bebelan seterusnya.
Perlahan2 aku mengangkat jasad sikelabu. aku melihat matanya masih terbuka. Keaadaannya sama seperti siputih berbaring mengiring sementara kaki dan tangan terkujur. Simpati aku dengan nasibnya. Kebimbangan aku diakhiri dengan perginya sikelabu dan sedikit kesempatan yg aku diberikan sgt2 memberi kesan buat aku.
Aku tanamkan jasadnya dibelakang rumah, perlahan2 aku bungkus dengaan surat khabar dan meletakkan ke dalam lubang yg aku gali dgn pemutar skru. Mujur tidak keras tanah yg digali.
damailah engkau sikelabu dan bertemu semula dgn adik mu siputih mungkin juga dengan ibumu yg tidak tahu apakah nasibnya samada hidup ataupun sudah mati.
Ada baiknya juga bila duduk di dlm group ws, sesekali perkara yg dikongsikan ada info yg bagus utk kita dan sebaliknya ada jg yg sekadar memenuhi inbox shj. Rupanya hari ini merupakan syawal yg terakhir bg tahun 1439h. Selepas shj kembali ke sini segala2 fokus dan keterujaan aku berkaitan syawal juga turut hilang. Suasana itu aku tinggalkan meneruskan rutin harian yg mengisi kekosongan. Hari2 melihat pokok melihat awan melihat apa yg terlintas dengan hati yg semakin tua semangat yg semakin lemah.
Malam td perlawanan tumpuan u19 aff cup antara indonesia vs malaysia. Sudah tentu aku melayari utube melalui live streaming yg mujur ada insan yg sudi berkongsi. Yg sbnrnya juga terpaksa berubah2 channel kerana di delete oleh admin utube. Sebagaimn yg diharapkan harimau malaya menempah pentas final dgn cerita belakang tabir berkaitan isu2 penyokong luar biasa fanatik. Nampaknya belum ada tanda2 reda permusuhan mereka. Masing2 ada sebab dan alasan yg dipertahankan.
Minggu ini juga kisah 12 pemain bolasepak thai yg terperangkap dalam gua turut memenuhi seluruh media. Dengan sokongan dan kepakaran penyelam2 terhebat dunia kesemuanya selamat dibawa keluar, yg turut mendapat reaksi pogba melalui tweaternya.
Pentas piala dunia juga sudah sampai kemuncak, crotia vs france. Harapanku utk melihat belgium tidak kesampaian begitu jg peminat2 pasukan england yg menanti 55 tahun utk kepentas akhir dipadamkan oleh kesungguhan crotia. Uniknya ada kisah dimana salah seorg pemain crotia dihantar pulang kerana ego dan tidak mahu bermain sebagai pemain gantian.
Baru sebentar aku memaklumkan pada SCG yg aku nak tamatkan salah 1 cube yg aku sewa disana. Sebelum ini pun aku ada bercakap2 dgn Iwan yg jualan topi merosot teruk. Aku melihat lambakan topi2 yg dibawa masuk dan ada dijual dimana2, berbeza semasa mula2 aku letakkan topi dahulu. Harga pula sudah tentu lebih mahal dan tidak masuk akal sebenarnya dibanding dgn modal kos. Jadi aku ingin fokus pada jualan bag sahaja.
Terkejut aku apabila tiba2 ada yg menegur aku di Airport Miri, dalam suasana yg masih lagi kebingungan kerana telinga masih tersumbat kesan drpd tekanan menaiki kapal terbang.
"Err...sy mcm kenal tp benar2 terlupa...." memang aku cam wajahnya cuma namanya tidak muncul diingatan.
"La...Lindala " balas nya dengan senyuman.
Saya dari awal nampak kat klia, rasa nak tegur"
"Hehehehe...owh anak linda td yg bising2 kat KLIa ke...."
Aku perasan juga tadi semasa menunggu di KLIa gelagat ayah dan anak yg bermain2. Yang ketara loghatnya memang sememnanjung. Aku hanya mengagak tentu org semenanjung yg bekerja di Miri.
"Dulu rambut panjang, muka plak nampak muda"
" Dah tua pun, mn dah rambut panjang lagi" balas ku.
Kami berbual2 dan rupanya dia sudah lama disini. Memang aku mendapat perkhabaran yg dia mengikut suaminya ke Brunei selepas berkahwin. Pantas masa berlalu, dan bila kita ditemukan dalam suasana yg kita sendiri tidak menjangka.
Apa yg aku ingat sangat sebelum dia berhenti, mmg ada aku order kek batik. Ikhlas aku memuji mmg antara kek batik yg terbaik dan sedap pernah aku makan.
Salam perpisahan buat arwah abg lan, ralatnya tidak menjengah beliau walaupun sempat bertandang ke rumah Wak Sam tempohari. Lama beliau menderita keluar masuk hospital kerana kencing manis. Kali terakhir bertemu beliau juga semasa hari raya yg lalu, ketika itu beliau dirumah, sudah tidak mampu lagi untuk memandu kereta dan membawa motorsikal. Mujur ada anak lelakinya yg menguruskan beliau kemana2. Aku perhatikan kaki beliau berbalut namun ingin shj aku menegurnya kerana seolah tidak betul cara beliau membalut dan tidak benar2 bersih. Tapi aku hanya mendiamkan di dalam hati.
Salam tahniah juga buat Atan yg melangsungkan pernikahannya yg lalu. Sehari selepas itu pula adik kesayangan pula mengikat tali pertunangan, semoga apa yg kalian rancangkan dipermudahkan dan diizinkan allah. Semua org ingin kan bahagia dan berjaya, namun ujian tetap akan datang dan pergi. Semoga sabar dan tabah.
Sempat juga kali ini aku bertandang ke rumah Bob walaupun sekejap sekurangnya bertanya khabar bertukar2 cerita. Sebenarnya rumah beliau tidak jauh tetapi aku tidak pernah ada kesempatan langsung untuk menziarahinya.
itulah coretan ringkas walaupun sbnrnya di dalam kpl aku ni byk yg ingin aku ceritakan namun aku tangguhkan dahulu mungkin di lain masa yg lebih sesuai...wassalam
Tiba2 cawan yg aku pegang rapuh pemegangnya langsung jatuh ke lantai. Mujur tidak berderai, cuma aku perasan sempat juga sumbing kaca itu mencalarkan ibu jari kiri ku. Darah perlahan2 melelah dicelah luka, aku sekadar menekap dgn tisu. Hari ini sahaja sudah 2 cawan masuk ke dalam tong sampah kerana kesudahannya yg sama pecah dan tiada berguna lagi.
Sebenarnya 2hari lepas aku bermimpi sesuatu yang misteri dan benar2 mengaliri memenuhi ruang otak kepala. Biasanya apabila kita terjaga dr tidur perlahan2 mimpi itu akan hanyut dan hilang begitu sahaja. Walaupun bukan kesemuanya aku ingat tetapi babak2 penting di dalam mimpi itu masih aku terasa kesannya.
Kami, (Aku, Din & Zul) merupakan watak yg melakonkan mimpi dan merencanakan sebuah perjalanan yg misteri dan aku tidak tahu apa sbnrnya yg aku cari dan bermula. Antaranya kami berjalan di sebuah kawasan kedai lama , aku nampak struktur bangunan tersebut bukan konkrit tetapi kayu seolah bangunan diperkampungan nelayan. Kami menyusuri dibelakang2 bangunan kerana cuba mengelakkan sesuatu. Namun langkah kami kerap menemui jalan buntu kerana setiap kali kami sampai ke hujung pintu ataupun simpang jalan pasti ada beberapa ekor anjing yg akan berlegar2.
Aku memang trauma dgn anjing, kerana ada peristiwa lalu dimasa aku kanak2 pernah dikejar dan dikepung dgn anjing. Aku anak setinggan, rumah2 kami dibina didalam kawasan yg berhampiran dgn kilang2. Jadi dimana2 ada anjing liar dan anjing yg ditugaskan di dalam kawasan persendirian. Setiap kali melintas pasti kami akan disergah(salak). Ada juga jiranku yg berbangsa india yg memelihara anjing dan pernah anjing hampir masuk ke dalam rumah. Kerana itulah abah membuat pagar setinggi lutut di pintu masuk rumah menghalang bukan sahaja anjing bahkan binatang lain seperti ayam dan kucing memasuki rumah.
Dalam aku cuba mencari jalan keluar, aku bertemu pula dgn Din. Kami berlari2 anak mencari2 petunjuk. Sehingga sampai ke suatu kawasan, tiba2 Din menjadi leka dan bermain di dalam anak sungai. Sungai tersebut tidak dalam sekadar paras buku lali, cuma apa yg terlintas di kepala aku ketika itu ialah buaya.
"Hati2 Din, ada buaya kat sana" Din terus leka tanpa mempedulikan amaran aku, aku memerhatikan dengan waspada. Mata ku meliar2 melihat ke permukaan air. Ada sebatang kayu tercacak ditengah2 sungai kecil tersebut dan dengan tidak semena2 Din menjerit.
"Gi, tolong buaya gigit kaki aku"
Aku dan zul memandang sama lain.
"Lompat din dan paut pada kayu" aku nmpk dengan jelas seekor buaya kecil tidak terlalu besar tapi cukup besar rahangnya membahan kaki din separas buku lali.
Akhirnya din berjaya melepaskan diri, dia berjalan dengan kaki yg luka cuma tidak parah. Memang mendebarkan dan cemas seketika. Hairan bagaimana sungai yg sebesar longkang itu wujud buaya.
Sampai saat ini aku terfikir apakah petanda dan ujian yg bakal aku lalui. Atau itu sekadar sebahagian drpd proses mainan tidur. Wallahualam
Alhamdulillah aku sudah memasuki juzuk 19, selepas ramadhan yg lepas betapa perlahannya aku membaca alquran bagaikan tidak bergerak. Menjelang ramadhan belum lagi melangkau juzuk ke 15. Untuk memotivasikan diri istiqamah dan membuang perasaan malas dan bertangguh. Lebih lagi apabila sesuatu perkara itu kita mula tinggalkan.
Baki di dalam akaun semakin surut. SCG baru membalas ws aku jualan terkini dan jumlahnya sekadar lepas untuk membayar sewa bulanan. Aku juga telah memaklumkan pada Mr. Box yg aku akan menamatkan sewaan pada bulan sebelum aidilfitri. Terkerut-kerut dahi aku memikirkan pulang bercuti nanti tentu banyak perbelanjaan. Aku mulai putus asa,, kadar jualan memang teruk terjejas dan merosot. Stok kuih kapit masih ada di dalam kotak. Benarlah bagai dikata pengalaman dan keinginan amat penting untuk memacu sesebuah kejayaan.
Beberapa hari lepas aku menghubungi sahabat lama, bertanyakan jawatan yang aku hadiri temuduga tempohari. Katanya tertangguh sementara kerana berlaku pertukaran kerajaan. Semua projek2 runding terus ataupun selected tender perlu disemak semula.
Seperti biasa apabila tiba hujung bulan musim gaji kebanyakan manusia mula berpusu2 keluar . Lagi 3km ke sempadan sudahpun kenderaan beratur panjang. Batu Jalan menunjukkan ada 1km sebelum sampai ke Imigresen. Sesekali aku menjeling ke cermin sisi, sudah beberapa buah kenderaan melintasi dan memotong barisan. Lampu kecemasan dinyalakan kononnya ada kecemasan, tapi apa yg aku perhatikan sampai sahaja di hadapan mereka mendesak untuk memasuki barisan.
Pintu pagar jabatan Imigresen hanya beberapa meter sahaja dihadapan sehinggalah ada sebuah kenderaan pacuan 4roda memandu dengan tergesa cuba memasuki barisan hadapanku. Aku menoleh menjeling sambil kaki menekan minyak dan enggan memberi laluan. Tiba2 aku merasa tertipu dengan kenderaan yg kononnya memberi lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan pintas.
Aku memerhatikan sahaja kenderaan tersebut yg terus memandu dalam keadaan membahayakan kenderaan lain. Sampai di pusat kawalan pos, kenderaan tersebut terus berhenti pemandunya keluar dengan tergesa. Aku dapat perhatikan dia berpakaian seragam namun tidak kemas, bajunya belum berbutang. Aku hairannya juga, memandangkan kereta yg dipandunya mempunyai plastik tinted yg gelap dan mengenakan saiz rim yg lebih besar drpd yg dibenarkan.
Aku melihat matanya meliar sehinggala jari menunjukkan tepat ke arah kereta ku. Aku teruskan memandu seperti biasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Sampai sahaja dipondok kastam untuk menyerahkan pas keluar masuk kenderaan, dia terus menjerkah aku bagaikan pontianak.
"kita ingat aku tadi main2?".
"Banyak kereta yg potong q..."
Aku dengar suara membisik disebelah, menasihati aku jgn memanjangkan pertengkaran. Aku akur dan meminta maaf. Seketika aku terfikir agaknya jika kereta yg aku pandu lebih berjenama tentu pegawai tersebut mampu untuk menjerkah aku sedemikian.
Pertama kali aku tidak dapat mengundi, selepas era kejatuhan shah alam ke tangan pakatan yg ketika itu mendapat desakan drpd penduduk2 setinggan Kg Rimba Jaya yg menyaksikan pertama kali Selangor bertukar pemimpin. Aku sempat menjengah ke Padang Jawa mencari2 semula rakan2 lama mengimbau kembali nostalgia zaman kanak2. Salah seorg rakan baik ku Akhtar Reza anak jati padang jawa, dan itulah juga kali akhir aku melihat dan berbual dengannya.
Aku menyusuri laluan jalan disepanjang rel keretapi yg satu ketika dahulu pernah terdirinya rumah2 setinggan rakan2 sekolahku. Antaranya ialah rakan baikku, seorg sahabat yg aku kenali sebagai seorg yg pendiam kurang bicaranya dan setia dengan sahabat. Aku hanya dapat berjumpa dengan keluarganya, aku dimaklumankan beliau kini tinggal di pahang bersama-sama dengan kakaknya. Walaupun ada kedengaran kisah2 pahit yg aku dengar tentang beliau, apa yg aku tahu dan kenal peribadinya sebelum ini beliau ialah seorg sahabat aku yg senantiasa berada disisi. Kami membesar bersama sehingga aku berpindah keluar drpd Rimba Jaya.
Hari ini pasti membuka lebaran sejarah yg baru, sebuah kisah yg pasti akan diceritakan sehingga generasi akan datang. Mujurla ada media sosial yg sedikit mengubati perasaan yg begitu teruja untuk mengetahui apa yg berlaku diluar sana. Namun kadar data yg perlahan dan tersekat2 sedikit merencatkan keterujaan tadi. Mataku senantiasa melihat paparan ws, melihat2 laporan2 terkini drpd sahabat2 dan group yg ada. Bibit kejatuhan dan peralihan semakin jelas, sehinggalah menjelang tgh malam paparan keputusan terkini seolah tergantung. Suasana yg sama ketika 5 tahun lalu apabila BN hanya menang majoriti mudah, tiada laporan media tiada keputusan muktamad. Seolah tiada apa2 yg berlaku.
Aku terus melayari live streaming drpd malaysiakini, sehinggalah menjelang tgh malam TUN membuat sidang media dan secara tidak rasminya berlaku perubahan besar dan kemenangan kepada PAKATAN. Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak , Kedah bahkan Sabah dikuasi dan hanya menunggu pengesahan rasmi drpd SPR. Kelantan masih kekal bersama dgn kerajaan terdahulu tetapi berlaku gelombang hijau di Terengganu.
Aku terus menunggu sehinggalah jam 3am, masih belum ada keputusan penuh. Dan aku hanyut dibuai dalam mimpi yg bakal menjadi kenyataan.
Sebenarnya sudah kali ke 3 berkunjung ke KK namun masih belum berkesempatan utk menjejakkan kaki ke Kundasang. Jadi mengambil kesempatan pembatalan program awal yg sepatutnya menjadi program pendedahan pertandingan karate di kk disebabkan sensei membatalkan penyertaan disaat akhir. Hairan juga kerana baru malam semalam aku bertemu dan beliau tidak menyatakan apa2, bahakan sempat aku bertanya untuk program hari ini. Cuma apa yg aku perasan wajahnya kurang ceria,
Kami mengalas perut dengan makan pagi di kedai mamak, asalnya aku seperti ingin mencuba kedai Ikan bakar pak Lang, namun selepas melewati kedai tersebut aku membatalkan niat. 2 kali juga aku memusing di kawasan Alamesra mencari kedai makan yg berkenan di hati.
Deraf kawasan2 yg perlu aku lalui telah aku catatkan di kertas. Checkpoint yg sepatutnya aku temui sepanjang perjalanan.
Perjalanan masih lancar mungkin kerana bukan pada waktu puncak, cuma seperti biasa apabila ada kenderaan berat di hadapan kereta akan berderet panjang, sesekali aku terpaksa menukar gear rendah untuk menambahkan sedikit kuasa pada kereta untuk mendaki.
Dikiri kanan jalan akan kelihatan gerai menjual sinalau bakas, mujurlah aku sempat membaca blog2 dan mengetahui apa sebenarnya yg mereka jual tersebut.
Perhentian pertama yg kami singgah ialah Pekan Nabalu. Kemestian untuk berhenti disini kerana disinilah kita dapat melihat Gunung Kinabalu dari jauh. kelihatan gerai2 menjual buahan dan cenderahati. Cuaca sejuk juga diluar walaupun sudah pun pkul 1030am.
Kelihatan juga pelancong yg turut memenuhi ruang tumpuan, dimana ada sebuah platform yg berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Kami meneruskan perjalanan ke kundasang. Pemandangan dikelilingi curam nun jauh saujana memandang dan gunung-ganang. Sesekali nampak juga poster bendera parti disepanjang jalan yg didominasi oleh BN.
Tengahri kami sampai di Pekan Kundasang, kebetulan ada pula pasar yg menjual makanan kami singgah untuk mengalas perut, memandangkan juga tiada kedai makan yg kami akan singgah untuk tempoh 2 jam lagi. Kos makanan masih murah, dimana kuih masih 3 biji RM1, aku membeli sate ayam 10 cucuk RM6.
Sampai di Farm Kundasang sudah pun masuk lunch hour, aku bertanya di pondok masuk dan dimaklumkan ssebentar lagi waktu rehat dan aktiviti hanya disambung jam 2pm. Jadi kami hanya mengambil gambar diluar.
Balik semula ke hotel, perjalanan ditempuhi dalam hujan. Alhamdulillah perjalanan yg jauh dan penat namun ada sesuatu yg kami perolehi. Insyaallah kami akan datang lagi.
Perjalanan 8jam memang membuatkan badan penat. Sedikit usikan emosi pasti mencetuskan kemarahan. Sampai di kk jalan sudahpun dipenuhi dgn kenderaan memandangkan waktu puncak org pulang dr kerja. Jalan yg aku lalui pertama kali aku cuba dan agak jauh dr bandar dan tempat kebiasaan kami. Sengaja utk mcuba tempat baru sekurangnya ada pengalaman yg boleh nanti utk dibandingkan. Aku tersesat hampir 20min kerana terlepas lorong, gps hp pun tidak membantu asyik hilang arah.
Apa yg aku dimaklumkan kawasan ini berhampiran dgn ums dan merupakan hypermarket terbesar di kk. Pengalaman pertama dr segi impressi mmg mengkagumkan, anak2 mulai teruja terutama sekali yg bongsu kerana hotel tersebut di atas shopping mall. Bila memasuki bilik, agak kontra dgn suasana diluar. Biliknya agak sempit dan ruang tandas lebih besar drpd ruang tidur. Tahap kebersihan tidak memuaskan, namun kerana terlalu penat aku rehatkan badan sebelum memikirkan tindakan lanjut. Apabila memijakkan kaki di atas carpet terasa tidak selesa. Kelihatan juga kotoran di bhgn dinding dan disudut2 penjuru bilik.
Aku mengambil keputusan untuk berjalan sebentar di shopping mall. Selain itu perut memang terasa perlu diisi , anak2 pun pasti lapar.
Selepas selesai makan malam badan baru terasa ada suntikan tenaga dan kadar kewarasan lojikal akal menjadi lebih baik, kami pun pulang semula ke hotel. Jadi aku singgah di lobi dan meminta utk menukar bilik yg lain. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. Bilik yg baru lebih baik dan bersih. Luas drpd yg mula2 kami masuk. Sememangnya kami lena kesejukan malam itu kerana penyaman udara yg sejuk menyejukkan , ditambah kerana keletihan perjalanan yang panjang.
Aku sangat tertarik dgn channel Hatch , seni itu terlalu indah pabila di keluarkan secara kreatif melampau. Sesuatu yg mudah untuk difahami, jalan ceritera, kiasan2 dan mistik yg di jadikan subjek.
Sekitar pertengahan 90an peluang untuk bekerja di kilang ada di mana2. Walaupun sudah berpindah namun aku masih sesekali berjumpa dan berhubung dengan Sabiran (Arwah). Kami memang sudah lama berkawan semenjak dari sekolah rendah. Aku dimaklumkan oleh Faruk yang Kilang Volvo di Shah Alam ada kekosongan untuk jawatan operator pengeluaran.
Alhamdulillah, aku boleh mula bekerja, pegawai yang menemubual kami begitu ramah dan baik sekali. Aku sudah lupa namanya, yang pastii apabila dia bertemu dengan staff lain nampak auranya dan dia memang seseorg yang dihormati dan disenangi.
Kami di bawa ke bahagian dalam kilang, dimana pada ketika ini ada 3 department yang utama. Dibhgn paling hadapan 'line production' untuk Truck, diikuti Department Volvo yg terbahagi pd 2 model ; 940 dan 850, dan dihujung sekali department untuk Suzuki Vitara. Kami ditempatkan di department Suzuki.
Aku perasan tadi juga tadi seolah terpandang seseorang yg aku kenal, namun memandangkan ketika itu masih dalam seisi pengenalan jadi aku fikir mungkin diwaktu rehat nanti aku ada peluang.
'Nanti kamu berdua akan dibimbing oleh supervisor'
'Kerja 5hari dan sabtu setengah hari'
'Manakala gaji akan diberi setiap 2 minggu, OT dikira pada setiap hujung bulan'
Gaji permulaan RM350 serta ada elaun kedatangan. Cuma waktu bekerja hanya shift normal sahaja jadi tiada elauan untuk shift.
Waktu Rehat
Sesuatu yang baru aku pelajari sewaktu makan digalakkan untuk menggunakan sudu kerana menjaga kebersihan dan kesihatan memandangkan tangan yg kotor semasa bekerja. Ada subsidi juga untuk makan dikantin, nasi termasuk dalam subsidi syarikat. Sempat juga aku bertemu dengan Faruk, dia lebih segak dengan baju kemeja biru Uniform Volvo. Kami sebagai budak baru hanya berbaju t shirt merah. Dalam masa yg sama juga mata ku meliar menandang2 sekeliling, dan benar tekaan ku memang aku kenali wajah tadi. Salleh rakan sekelas ku dimasa sekolah rendah, namun dia tidakla semesra dahulu. Masa dan jarak tentu banyak mengubah manusia.
Senaman Pagi
Sebelum memulakan kerja kami akan memanaskan badan selama 5minit dan seterusnya ada taklimat ringkas drpd supervisor. Kami bergilir2 akan ke depan dan mengetuai senaman pagi. Ketika ini tiada bangsa asing semuanya pekerja tempatan. Supervisor aku tu org meru Jawa. Dan perkara yg paling aku suka buat setiap pagi ialah mengambil stok Gombal dan sarung tangan.
Aku ditempatkan dibahagian pemasangan cermin dan pintu. Sesekali aku ambil peluang berbual2 dengan rakan sekerja dibhgn engine. Model suzuki hanya dipasang disini, jadi semua komponen telah pun siap dan hanya perlu dipasang secara berperingkat, daripada Engine + Gearbox, Body , wiring dan finishing. Tugas memasang cermin tidaklah sesukar mana, cuma perlu berhati2 semasa meletakkan gam agar tidak berlebihan dan perlu kemas. Kebiasaannya hanya 5 buah kenderaan dipasang sehari, jika ada OT ada tambahan 2 buah kenderaan sahaja. Helmet LTD
Setiap pagi aku akan menjemput Sabiran di Sg rasa, melalui jalan Sg Rasa bersebelahan Lebuh Raya persekutuan melewati Kg Rimba Jaya ,Taman Karupiah dan Padang Jawa.
Ketika ini tugu Keris masih ada menjadi mercu tanda sempadan Bandar Klang. Gaji pertama aku beli helmet motor. Malam tu aku mengajak Abg Din ke simpang 5 Klang. Rasa teruja sgt dapat memiliki sebuah helmet idaman remaja ketika itu. Walaupun helmet idaman masih lagi BELL yg asli namun harganya sekitar rm500 terlalu mahal utk dimiliki.
Aku memilih waran meroon, dan ditambah dengan sticker Dziljian yg pada ketika ini memang menjadi trending menampak sticker dbhgn sisi helmet, antaranya seperti Ray Ban , Clark. Ini semua pun gara2 pengaruh Abg Din juga. Namun rezeki aku tidak panjang, suatu hari sewaktu ingin pulang dan habis bekerja aku mendapati helmet ku tiada di motor. Silap ku juga tidak mengikatnya di bawah seat. Ku kira tidak sampai 2 minggu sempat aku bergaya dengan Helmet LTD Meroon.
Sampaila suatu ketika di mana aku menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPT dan aku pun berhenti. (Jun 95)
Sudah terlalu lama berlalu, bahkan aku juga turut terlupa nama rakan2 yang pernah sama2 bekerja di sini. Itulah juga memori akhir aku bersama dengan seorang rakan karib yg sehingga kini masih aku rindu dan sedih apabila terkenangkannya. Allah lebih menyayanginya. Allahuakbar.